Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

SOALAN LAZIM

Jika para pelajar ada sebarang pertanyaan, sila ajukan di sini.

SOALAN :

Bila cikgu tanya pelajar, “kenapa kamu tak jawab Bahagian B ni?”Pelajar jawab ‘tidak cukup masa’. Kenapa pelajar tidak cukup masa ?.

JAWAPAN :

Kenapa ada di antara pelajar tidak cukup masa menjawab Pengajian Am terutamanya Kertas 2. Bagi cikgu ada beberapa perkara pelajar perlu beri perhatian iaitu:

  1. Pelajar tidak merancang masa menjawab soalan. Oleh itu pelajar tidak cukuo masa untuk menjawab soalan lain.

-Cadangan cikgu pelajar rancang masa dengan sebaiknya. Cuba latih semasa membuat latihan atau ulangkaji dengan peruntukan masa yang betul. Disini cikgu cadangkan masa yang harus pelajar peruntukan.

-BAHAGIAN A – 25 MARKAH – 35 MINIT

-BAHAGIAN B – 25 MARKAH – 35 MINIT

-BAHAGIAN C – 20 MARKAH – 20 MINIT

-BAHAGIAN D – 15 MARKAH – 50 MINIT

-BAHAGIAN E – 15 MARKAH – 40 MINIT

2. Sebab yang kedua adalah pelajar lebih suka menjawab Bahagian D dahulu berbanding bahagian lain.

-Cadangan cikgu pelajar haruslah mengetahui pembahagian markah dengan lebih jelas. Bahagian D Cuma 15 markah tetapi masa yang diperlukan agak lama. Bagi sesetengah pelajar yang kurang berminat bermain dengan angka, bahagian D ini melambatkan kerja mereka. Oleh itu beri tumpuan mengikut susunan Bahagian.

3. Faktor yang ketiga adalah diri pelajar itu sendiri yang tidak berusaha untuk menyiapkan ujian dengan cepat. Maksudnya pelajar kena melatih diri menulis dan berfikir dengan cepat. Ini penting, kerana jika ada baki masa pelajar boleh gunakan untuk menyemak dan membuat pembetulan ujian anda.

40 Responses to “SOALAN LAZIM”

  1. fatin said

    cikgu saya ada masalah nak faham soalan bahagian A please help me

  2. Cikgu Awang said

    Fatin…
    untuk memahami kehendak soalan Bahagian A atau B, fatin hendaklah menganalisa soalan mengikut ayat demi ayat. Jangan terburu-buru bila menjawab. Cuba keanl pasti perkataan yang ‘penting’ yang dapat membantu dalam menjawab soalan esei. Antara persoalan yang sering dikemukakan seperti konsep PUKAL (PUNCA, KESAL ATAU LANGKAH), perkataan penting lain seperti kepentingan, kebaikan, usaha atau pun ayat tersembunyi yang mempunyai maksud tersirat.
    Sila rujuk teknik menjawab PAM. Rujuk soalan lepas dan bincangkan dengan guru dan rakan kehendak soalan.
    Wassalam.

  3. Nurazzylla Razak said

    Cikgu, saya merupakan salah seorang pelajar ting.6 dari sekolah di sarawak. Saya mempunyai masalah dalam memahami soalan esei mahupun teks pemahaman.Bagaimana hendak memahami soalan yang akan di jawab terutamanya esei bahagian B.

  4. Norartika bt. Omar Ali said

    Assalamualaikum cikgu.Saya mempunyai masalah dalam menentukan graf atau carta yang akan dihasilakan. Ini kerana saya sukar untuk memahami kehendak soalan. Bagaimana hendak menghasilkan graf atau carta yang diberi berdasarkan soalan yang dikemukakan?

  5. Cikgu Awang said

    Adik Noratika,

    adik boleh merujuk ke laman ini http://forum.engkabang.net/index.php/topic,6929.0.html
    Semoga adik mendapat manfaatnya.

  6. Cikgu Awang said

    adik zylla…
    sila layari laman ini untuk meningkatkan pemahaman adik http://forum.engkabang.net/index.php/topic,6929.0.html

  7. rheena said

    than bhgn E pun sya sgt bermasalah…..
    pola tu kdg2 susah nk d kesan r cg…….

  8. Alahai…cikgu..dah nak pindah? hmmm..sedih jugak eyh..tak da cikgu yang akan marah,sindir kami lagi..boring nanti tak pe..sama2 kita berjuang eak!heheh..Good luck Cikgu Awg..

  9. rosma said

    salam cikgu,
    di sini saya ingin mengemukakan soalan mengenai stpm. Saya ingin sekali mengetahui apakah subjek wajib yang di ambil oleh pelajar yang ingin ambil stpm samada pelajar tersebut aliran sains mahupun sastera..berapa subjek pula yang wajib dan boleh di ambil oleh stpm..saya amat berharap agar cikgu dapat membantu saya dengan sewajarnya..sekian, terima kasih..

  10. ageelan visalingam said

    hi cikgu,
    saya merupakan pelajar lepasan STPM 2006 telah mendapat cgpa 2.67 iaitu B- utk subjek P.AM.Kini saya ingin mengulangi stpm saya untuk meneruskan pengajian saya dalam bidang perguruan,Matapelajaran P.Am merupakan subjek yang saya paling suka sampai hari ini.cuma nak minta tips adakah latihan saja memadai atau penghafalan diperlikan.Untuk pengetahuan cikgu,saya meminati bidang perguruan.kini saya mengajar subjek BM utk UPSR dan PMR.

    • Cikgu Awang said

      adik ageelan……
      baguslah adik mempunyai minat terhadap subjek ini. ini langkah pertama untuk berjaya. kaedah pembelajaran berbeza antara seseorang pelajar, ada pelajar yang suka menghafal, ada yang menggunakan teknik nota ringkas, peta minda, kata kunci dan sebagainya. Bagi cikgu, cikgu akan beri kebebasan kepada pelajar menggunakan kaedah mereka sendiri. Ingatlah guru sebagai pembimbing, bukannya memaksa pelajar memilih kaedah yang cikgu mahu. cikgu cuba bantu dan menasihati pelajar menggunakan kaedah yang dapat membantu mereka. paksaan dengan satu-satu kaedah akan menambahkan tekanan terhadap para pelajar. Lebih baik pelbagaikan kaedah pembelajaran.

  11. amir mursyid said

    salam,ckgu..bleh x tlg bagi 1 set soalan pengajian am 2 tahun2 lepas..urgent…huhu=)

  12. Cikgu ape yg kuar excel 2009 pa 2?

    • Cikgu Awang said

      adik, untuk esei, sila ikuti perkembangan semasa tahun lepas dan awal tahun ini. bahagian lain tidak pasti lagi tapi adik perlu sentiasa bersedia.

  13. eldra said

    sya smpat jwb bhg2an lain spt A,B,c dan E…but sya msh x smpat nak selesaikan masalah pengiraan bahagian D sbb sya sllu tkeliru semasa mengira dan tidak dpt menyesuaikan jenis graf yang dminta disbbkan sya x tahu kata kunci bagi satu jenis graf…

  14. yaya_cute said

    ble bg kata kunci untuk soalan D

  15. mohamed zulwaqar b yahya said

    assalamualaikum cg.saya nk tanye ttg bhgn e,ape formula yg t’baik utk m’jwb soalan bhgn ni.saye selalu silap di bhgn ni.satu lg ttg soalan graf,cg saye ckp soalan graf b’tingkat xkan keluar,btol ke?

    • Cikgu Awang said

      wsalam…… adik harus teliti semasa menjawab bahagian ini. jika adik dapat nyatakan kesilapan cikgu akan cuba membantu. di harap adik dapat merujuk kepada teknik dan juga teknik menjawab sebenarnya yang cikgu berikan.
      wslm.

  16. Nor Suhadah bt. Sa`ari Fadzil said

    Salam cikgu,saya student form 6 tahun nie…Risau gak bler wajib ambik subjek PA nie..PA2 nie agak mencabar gak ye…

    saya harap cikgu dapat bagi tips utk saya bler nk jwab soalan laras sastera dan laras sains..adakah same je cra jwab soklan bhagian tu..kalu ada soalan dan skema jwapan..harap cikgu dapat share ngan saya…tq

  17. wanie said

    salam..
    terima kasih cikgu dgn segala info yang diberikan oleh cikgu kepada saya..
    masalah utama saya ialah kertas 1..
    sy xthu teknik yg terbaik utk mndpt mrkh tggi kertas 1..
    sedangkan kertas 2 sy mndpt A..menyebabkan gred purata sya rendah..
    bleh x ckgu beri sdikt info berkenaan kertas 1 tersbut…

    • Cikgu Awang said

      adik wanie… tahniah dapat A dalam krtas 2. Untuk kertas satu selalu pelajar merungut terlalu banyak tajuk kena belajar. Tips yang dapat cikgu berikan dengan waktu yang singkat sebelum STPM adik perlu lebih banyak menjawab soalan lepas/model dan lain-lain bahan rujukan. sambil menjawab buat rujukan untuk soalan yang tidak difahami. jika adik ada menyediakan nota ringkas, itu adalah langkah yang baik. Selamat berusaha dan seterusnya berjaya dalam STPM nanti.

  18. Zubaidah said

    saya nak tanya mcm mana saya nak faham kan bhg mengalih bentuk linear ke teks dan teks ke linear dlm pa .. terutama soalan memerlukan kita utk menghuraikan .. apa yg sy x faham ialah adakah kita perlu tulis macam karanagn ? .. and berapa idea yg diperlukan utk menjawab ?

    • Cikgu Awang said

      adik zubaidah… cikgu rasa adik merujuk kepada bahagian E. Bahagian ini kerap cikgu dengar rungutan daripada para pelajar. Soalan yang biasa disoal dalam bentuk 1. Jadual
      2. Carta aliran
      3. Gambarajah
      Ketiga-tiga mempunyai teknik menjawab yang berbeza, bergantung kepada soalan. Cikgu yakin bila adik telah mempelajari kesemua bahagian ini, adik akan faham.

  19. jiha said

    salam cikgu..saya ada masalah dalam p.am2..sampai skang 6atas saya x boleh nak score..saya ada masalah dlam semua bahagian terutama dalam gahagian graf dan bhgian e..tolong la saya.. bagi la tips ape2 ke..tima kasih.

    • Cikgu Awang said

      adik jiha… cikgu harap adik rujuk panduan yang cikgu berikan dalam web. Selain itu adik boleh merujuk kepada soalan model dan contoh jawapan yang diberikan. Semoga adik dapat memperbaiki keputusan peperiksaan adik. Rajinlah berusaha.

  20. elyana said

    Cikgu, boleh tak bagi saya nota2 untuk pengajian Am kertas satu?
    Sebab saya nak ambil exam persendirian…so saya tak ada bayak nota

  21. emma said

    hai cikgu, apa khabar
    saya nak soalan ramalan bagi karangan ,boleh tolong i
    tarima kasih atas sumbangan cikgu,
    may god bless you.

  22. Qyara said

    apa kepentingan teknologi robotik ??

  23. Nadya shehada said

    Sy ade mslh bhgian A & B.. Esei yg sy buat tak relevan,kurang tepat.. Mid year exam,esei sy terpesong.. Tp alhmdlh.. Still dpt 3.20.. Blh bg tips?

    • Cikgu Awang said

      adik… cuba rujuk panduan yang cikgu berikan. Dalam karangan PAM, karangan haruslah tepat dan padat. Oleh itu cikgu mencuba pendekatan RUMUS ICU. Dalam setiap perenggan isi mesti ada :
      I = Isi/Idea lanjutan
      C = Contoh
      U = Ulasan/Cadangan/Pendapat
      harap ini dapat membantu adik.

  24. Lei said

    mcm mne nak skor bhg.c? lg stu mcm mne nk elk kn esie daripada tidak relevan?

  25. najna said

    salam..
    ckgu ad x soalan2 target stpm tok 2010….
    dan soalan2 percubaan stpm 2010…
    terima kasih..

  26. siti nur fattiah said

    salam sya pljr dr klantn…sya mhdapi mslh krangan bhgn a dan b..
    krgn y buat sringxdak releven…bgaimana sya nak slesai mslah sya ini….hrp cgu dpt mbantu sya myelesai mslh y sya hdapi…..

    • Cikgu Awang said

      adik siti…. untuk elakkan isi serta huraian yang tidak relevan adik kena banyak melihat contoh-contoh karangan yang sedia ada. Pelajar kebiasaannya tidak mahu membaca contoh karangan kerana beranggapan membuat karangan mudah dan tidakperlu membaca lagi. Dengan banyakmembaca serta mengkaji contoh-contoh karangan yang baik mudahan dapat membantu adik.

  27. nurizan said

    cikgu….mcm mana nk tau graf jenis apa untuk bhagian D?

  28. jessie said

    cikgu saya masih tak dpt buat karangan laras sain..boleh cikgu tolong

  29. cikgu saya sangat lemah dalam kertas dua pengajian am walaupun telah membuat banyak latihan bimbingan.boleh tak cikgu bantu saya?

    • Cikgu Awang said

      Adik, dalam belajar kita jangan kenal erti putus asa. Setiap orang mempunyai kemahiran yang berbeza. Adik gunakan kemahiran adik dengan baik. Cikgu dapat memberikan panduan dan kaedah sahaja tetapi pokok pangkal kejayaan pelajar adalah atas usaha gigih pelajar itu sendiri.
      Terus berusaha dan jangan putus harap.

Leave a reply to rheena Cancel reply