Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Diri Saya

image084

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kini saya mencurahkan bakti di SMK St Joseph Kuching (2009). Sebelum itu saya berkhidmat di SMK Baru Miri. Mula mengajar Pengajian Am pada tahun 2003 hingga sekarang. Lulusan UPM dalam Perakaunan(1993-97) tetapi melanjutkan pelajaran dengan mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di MP Gaya, Sabah (2001)

Pengkhusan utama dalam bidang Perakaunan manakala Pengajian Am merupakan subjek kedua. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang ICT, cikgu ingin berkongsi bersama dengan guru dan juga pelajar meneroka peluang pembelajaran maya ini.

Terima kasih.
Wassalam.

 

48 Responses to “Diri Saya”

  1. saff said

    saya baru diarahkan mengajar pengajian am sebulan yang lalu. saya langsung tiada basic pengajian am dan tidak pernah belajar di ting.6. saya major dalam matematik dan minor fizik. oleh itu, saya ingin meminta tips bagaimana cikgu mengajar subjek pengajian am ini.

  2. Cikgu Awang said

    Cikgu,
    InsyaAllah saya akan cuba bantu setakat yang termampu. Saya percaya cikgu juga mampu untuk megajar walaupun tiada asas dalam subjek ini. Saya akan terus menyumbangkan maklumat ke lama blog ini untuk kegunaan semua.
    Wasalam

  3. anQi said

    Sya merupakan salah seorang calon yang akan menduduki exam stpm xlama lagi & saya bercadang untuk mengumpulkan kertas-kertas trial dr seluruh negeri untuk dijadikan latihan tambahan. Bolehkah cikgu berikan saya kertas trial dr negeri cikgu mengajar? subjek yang saya perlukana ilaha p.am, kimia, fizik dan math.

  4. Cikgu Awang said

    adik anqi,
    cikgu akan usahakan….. cuma soalan trial peringkat negeri sarawak tidak ada dibuat

  5. azlan said

    askm ckg awang, sy br prasan website ni.. lgpun sy jg mngjar m.p p.am 2. mgkn masih kenal rakan seperjuangan di IP Gaya Kota Kinabalu dulu (roommate bah)… harap dpt kongsi pengalaman dan soalan-soalan dari sek sana.. wassalam

  6. Cikgu Awang said

    Assalamualaikum Lan,
    Masih lagi saya ingat kat cikgu. Cuma tidak ada no. contact. Saya pun tengah bangunkan web nie. InsyaAllah saya sangat setuju kalau kita dapat bertukar-tukar soalan.
    Wassalam. Selamat Hari Raya.

  7. Mr Silentz said

    Hai,cehgu..saya student form 6 ingin meminta tips2 nak jd pelajar cemerlang dlm PA mcmnana?

  8. Cikgu Awang said

    adik Ken,
    Nak jadi pelajar cemerlang kena bermula dari awal lagi iaitu di Tingkatan 6 rendah. Pelajar menganggap 6R waktu bulan madu/honey moon tetapi cikgu tidak bersetuju. untuk menjadi pelajar cemerlang pelajar haruslah serius, serius;
    1.memberi tumpuan di dalam kelas
    2.mengulang kaji semula apabila balik ke rumah
    3.memperuntukkan waktu untuk ulangkaji
    4.membuat latihan/tugasan
    5.membuat rujukan tambahan.
    6.mengenal pasti teknik menjawab dengan betul.
    7.membuat rujukan kumpulan/guru/organisasi.
    dan banyak lagi.
    Semoga adik mendapat manfaat ilmu.

  9. princeizzat said

    Assalamualaikum cikgu…
    saya ni muhammad izzat jailani…
    student cikgu lah…kelas u6a3…
    terima kasih byk2 utk blog nie cikgu…
    byk manfaat yg saya dapat melalui blog nie…
    cikgu hebatlah…

  10. Cikgu Awang said

    adik aizzat…
    semoga adik mendapat manfaat dan cikgu ucapkan selamat berjaya dalam Trial nie dan terutama sekali STPM nanti.
    Good Luck.

  11. Askum cikgu. selamat bercuti. i just found this website & post a comment as a responses to you. The time now is currently 3:42 am. As i heard u r leaving us and will going to kuching soon. Sad to hear that but we will always pray for ur successful. :) Hoping that L6A3 will never forgotten by u. We will try our best in your subject as next year is our final year & STPM too.

    Do email me. && Keep in touch k. Have a good time.

    Regards,
    Xylla. Click Here. The way to keep in touch and never forgotten. :)

  12. kamaruddin ali said

    sy baru jumpa laman ini.kita boleh bertukar ilmu.

    • Cikgu Awang said

      Aslmkum, perkongsian ilmu amatlah dialu-alukan. Ini secara tidak langsung memantapkan kita (pendidik) dalam menjalankan tugasan. Di harap cikgu juga dapat membantu saya. wasalam.

  13. ema said

    assalamualaikum cikgu.
    saya berusia awl 20an dan ingin mengambil stpm.
    saya bekerja sepenuh masa dalam bidang kewangan,blh kah saya dpt kan nasihat drpd cikgu tentang matapelajaran yang sesuai….?
    terima kasih.

    • Cikgu Awang said

      waalaikumsalam ema….
      cikgu tak keberatan untuk membantu ema mahupun sesiapa saja. cikgu akan cuba membantu setakat yang termampu dan cikgu yakin sama ada seseorang itu masih belajar atau sedang belajar akan dapat mencapai keputusan yang baik asalkan rajin berusaha.

  14. azeze said

    Salam Cikgu,

    Sy bakal menduduki peperiksaan am jawatan PTD bulan Februari ni, sy diberitahu some of the questions will be based on pengajian am ni, sy xpernah ambil subjek ni dan nak minta pendapat cikgu, bahagian mana yg sy perlu pelajari utk peperiksaan PTD tersebut.

    Terima kasih atas usaha murni membangunkn blog ini.

    • Cikgu Awang said

      adik azeze, adik kena ada pengetahuan kenegaraan yang baik antaranya seperti pengetahuan sistem pentadbiran, senarai kementerian (kalau boleh nama menteri dan fortfolio mereka), berkenaan dasar-dasar dalam dan luar negara yang telah , sedang dilaksanakan. semoga adik berjaya dalam ujian itu nanti.

  15. ivy u6f st joseph said

    ckg,
    saya sgt lemah dalam “kenegaraan” pengajian am..
    boleh ckg tolong saya untuk beri tips yang mantap dan sesuai untuk saya amalkn dalam perjuangn bkal menempa peperisaan stpm tahun nie??

  16. ivy u6f st joseph said

    ckg,
    tak dapat dinafikan juga ada kalanya,
    saya kehlangan mood untuk belajar ketika ckg mengajar,
    padahal saya tahu PA sangat penting d benak hati kita…
    bagaimanakah caranya untuk saya atasi masalah kehilangn mood ketika belajar ini??

    • Cikgu Awang said

      adik ivy, cikgu sedar seseorang pelajar melalui masa yang agak panjang untuk belajar bermula dari pukul 7 hingga 12.45 tengahari. Oleh itu ada kalanya pelajar tidak mempunyai motivasi yang cukup untuk belajar. Cikgu pun ada masalah dengan pelajar yang kurang memberi perhatian. Oleh itu di pihak cikgu, cikgu akan cuba :
      1. Mempelbagaikan pengajaran supaya pelajar tidak bosan
      2. Cuba menjadikan pembelajaran ringan, menarik dan mudah difahami
      3. berlaku adil dengan pelbagai tahap kemahiran pelajar
      4. Cuba mengatasi masalah sebaik mungkin di dalam kelas.
      Manakala pelajar juga memainkan peranan sama, iaitu :
      1. Memberi perhatian sepenuhnya, jika ada masalah di sekolah (dengan rakan/guru) selesaikan segera supaya tidak menjejas pembelajaran.
      2. Masalah di rumah sebaiknya tinggalkan di rumah, cuba jangan mengingat masalah tersebut. Jika perlu betulkan segera dengan berbincang dengan ahli keluarga.
      3. Buat persediaan seperti tidur yang cukup, ulangkaji sendiri topik sebelum di ajar.
      4. abaikan gangguan dari rakan-rakan yang tiada kaitan dengan pembelajaran.
      Cikgu yakin segala permasalahan dapat diatasi.
      Untuk Kenegaraan, mula membuat nota ringkas yang mudah di bawa ke mana-mana. mungkin juga dalam bentuk peta minda yang boleh ditampal di dinding bilik atau kelas. Banyakkan pembacaan untuk menanam minat anda dalam kenegaraan. Ingat, usaha yang keras akan mendapat ganjarannya di kemudian hari. Semoga berjaya.

  17. ivy u6f st joseph said

    wow….
    panjang jugak motivasi cikgu ni yer…
    syukur ke HadratNya kerana memiliki warga pendidik seperti cikgu…setiap insan ada kelebihan diri sendiri…
    dan cikgu telah membuktikannya dengan “membuka laman web pendidikan yang berguna ini untuk santapan ilmu warga pelajar”..
    dan kini saya sedar dengan istilah “TAK KENAL MAKA TAK CINTA”
    dan kini pendek kata,saya telah mengetahui serta memahami tujuan cikgu menubuhkan web ini,srta kesungguhan cikgu mengajar di dalam kelas, andai ada silap dan salah,”tolong maafkan saya serta pihak rakan2″..dan cikgu sangat memahami mereka”biasalah darah muda” semoga cikgu dimurahkan rezeki dan “TAHNIAH ATAS LAMAN WEB INI”….GURU BERWAWASAN PEMANGKIN KEGEMILANGAN

  18. khairiyah said

    salam cikgu..
    tahun 2009 ni saya akn hadapi peperiksaan stpm..saya ambil aliran sains..saya akui semakin lama pelajaran yang saya belajar semakin mencabar.dalam akedamik markah PA saya lebih tinggi berbanding dengan subjek fizik,kimia and math..kadang-kadang saya terfikir adakah penolakan saya ke matrikulasi or u satu keputusan yang tak wajar..tapi saya tahu saya tak boleh berfikiran seperti itu kerana lagi hampir 8 bulan exm.serabut lak fikiran saya..adakah cikgu mempunyai tips2 atau kata-kata yang dapat membantu menaikkan keyakinan saya terhadap pelajaran say sekarang??

    • Cikgu Awang said

      adik Khairiyah……
      untuk makluman adik cikgu bukannya seorang kaunselor. Seorang kauselor pun tidak akan membuat pilihan untuk adik. PILIHAN DI TANGAN ADIK SENDIRI. tapi cikgu dapat berikan nasihat untuk panduan adik.
      Bagi cikgu, adik kena lupakan peristiwa lalu. Yang lalu biarkan ia berlalu. Apa yang adik perlu fikirkan ketika ini adalah perkara di hadapan adik. Adik di Tingkatan 6 Atas (pilihan adik) dan adik harus terima. Cikgu hormati pilihan adik dan mungkin adik mempunyai SASARAN adik sendiri. Adik hendak berjaya dalam STPM dan mendapat keputusan yang baik seperti pelajar lain. Oleh itu adik haruslah berusaha gigih untuk mencapainya. Kesukaran subjek jangan jadikan alasan sebaliknya tanya diri adik kelemahan dalam diri. Kelemahan adik dalam subjek sains dan IKHTIAR, CARI JALAN, USAHA untuk mengatasinya. Cikgu yakin segala usaha gigih adik akan membuahkan hasil nanti.
      Wassalam.
      Cikgu sayangkan semua anak didik cikgu. Dan cikgu yakin cikgu adik pun begitu

  19. monica siaw ching ling said

    aloha cikgu…cikgu masi ingat sya ka?aku plajar cikgu sesi stpm 2005…U6A1…pljar smk baru miri juga…kini melanjutkan plajaran kat ums, sabah….thanks cikgu krana memberi ilmu pd sya…hehehe

  20. Cikgu Awang said

    aloha monica….
    mesti cikgu masih ingat dengan kamu. tahniah ya kalau cikgu lupa ucap tahniah dulu. Keep in touch ok.

  21. khairiyah said

    salam cikgu…
    maaf kerana terlewat untuk mengucap terima kasih kepada cikgu…betul apa yang cikgu cakap tu.saaya akan teruskan perjuangan saya ni tanpa menoleh ke belakang..saya yakin dan percaya bahawa setiap kegagalan pada hari ini dan semalan ada hikmahnye..doakan saya mendapat 4A dalam stpm 2009..terima kasih cikgu…saya juga doakan kesejahteraan dan kejayaan cikgu dunia dan akhirat..Amin..

  22. NORMI DALI said

    Assalamualaikum.. saya baru perasanlaman ni. saya juga guru PA. mula mengajar tahun 2005, masih baru. harap dapat berkongsi ilmu.

  23. suraini said

    tahniah anda memang hebat. Inilah baru dikatakan guru pemangkin kecemerlangan pelajar. Saya pun cikgu P.am juga. dulu belajar kat UPM juga. ada soalan -soalan terkini tak yang boleh saya uji pelajar-pelajar saya.

  24. sha sha said

    salam cikgu..
    tahniah sbb dpt adakan blog ni..sy jg cikgu yg mengajar pam2.tp xde pengalaman sbaik cikgu..tq..sy dpt dload soalan trial td..boleh x cikgu bantu sy cmne nk ajar plajar untuk membuat huraian yg baik bg sesuatu karangan dan apa kaedah yg ckgu gunakan untuk mengajar bhgn B dan D.tq..

  25. fizan said

    askum cikgu,

    saya baru menatap blog yang serba indah serta ilmiah dari cikgu. banyak bahan-bahan serta tips pengajaran pengajian am yang cikgu kongsi kepada kami. saya harap cikgu dapat terus membantu kami. saya sekarang masih menuntut di UPSi dalam jurusan pengajian malaysia serta disarankan mengajar subjek pengajian am dan sekarang sudah berada dalam tahun 2 di UPSI. Saya berharap cikgu dapat memberi tunjuk ajar dalam mengendalikan P&P subjek ini. saya akan terus berhubung dengan cikgu melalui blog ini untuk mendapat pengajaran serta melihat perkembangan idea dan strutur pengajaran bagi subjek ini. Sekiranya tidak keberatan, saya berharap cikgu dapat memberi nombor telefon / emel atau apa-apa sahaja bagi memudahkan saya dan rakan-rakan lain mendapat maklum balas dari cikgu. Terima kasih dan Salam ukhuwah dari saya.

  26. Noorhajar Binti Hussein (jaja) said

    Cikgu saya nak minta pendapat cikgu.saya candidate thn 2002.result tak best sangat dpt 1P 3R.slpas tu saya dpt kerja sebagai Pem.tadbir kewangan di sektor awam(kerajaan)skrg saya rasa mcm nak repeat paper blk.apa pndpat cikgu.klu saya smbg diploma mkn masa 6 thn..
    saya ada cita-cita nk further study blk & dpt jawatan yg lbh tinggi, demi family saya.saya dh berkahwin.ada 2 org anak..
    blh tak cikgu beri pndapat & cara utk saya smbg blajar blk..

    • Cikgu Awang said

      wsalam, nak panggil adik/kakak, kita seusia. Saya sukar nak jawab soalan ni sebab saya bukannya kaunselor. dan jika seorang kaunselor pun tidak dapat untuk memberi jawapan yang perlu adik/kakak patuhi. Saya rasa adik harus menilai sedalam-dalamnya dari sudut positif dan negatif niat adik. Dan bincanglah dengan orang yang paling rapat dengan adik/kakak iaitu suami. Setelah perbincangan tersebut adik akan temui jawapan yang terbaik bagi penyelesaian cita-cita dan harapan adik/kakak.
      wasalam.
      p/s : Sentiasa berfikiran positif.

    • Cikgu Awang said

      salam dik/kak….kita seusia. Saya minta maaf sebab saya bukannya seorang kaunselor dan jika kaunselor sekalipun tidak dapat memberi jawapan yang perlu adik/kakak patuhi. sebaiknya saya rasa adik/kakak berbincang dengan orang yang paling dekat (suami) . Semoga dapat penyelesaiannya.
      wsalam.
      p/s : Sentiasa berfikiran positif.

  27. STUDENT FORM 6 said

    saya maseh baru di tingkatan 6..adekah payah untuk study di form 6?

    • Cikgu Awang said

      adik… tahniah kerana berjaya masuk ke T6. Di T6 adik akan terkejut dengan sistem pembelajaran. Oleh itu adik harus bersedia. Jangan salah faham, cikgu bukan nak menakutkan adik. cikgu nak menyedarkan para pelajar t6 rendah, 6 rendah bukanlah masa berbulan madu. Jika adik bersedia sepenuhnya adik tidak mengahadapi kesukaran.

  28. joony said

    cikgu khusus dalam bidang perakaunan juga… boleh tak beri tunjuk ajar dalam subjek ini sebab tahun ni ku nak stpm dah.. pening kepala saya.. macam mana nak belajar dan kuasai dengan baik dalam subjek ini… terima kasih cikgu..

    • Cikgu Awang said

      adik joony….
      subjek ni agak ‘tough’. oleh itu tidak banyak sekolah menawarkannya kerana bimbang pelajar sukar mengikutinya. dan sistem pelajaran yang mengutamakan peperiksaan menambah lagi permasalahan ini. Adik kena banyak membuat latih tubi walaupun tidak banyak buku rujukan, adik boleh merujuk kepada soalan/ buku rujukan matrikulasi dan juga buku rujukan lain spt Frank Wood & Prentice Hall. Adik boleh juga merujuk rakan-rakan blog cikgu yang lain spt cikgu narzuki dan cikgu rithuwan di link blog cikgu.
      Semaoga berjaya dalam STPM nanti.

  29. chin said

    hai..cikgu,
    sy pelajar 6rendah,aliran sains… sy tahu t6rendah nih bukan masa utk sy berbulan madu ,oleh itu sy sedang berusaha sedaya upaya! sy tak tau samaada tndakan sy nih tepat atau sebaliknya dgn memilih jalan f6 nih..sy x boleh jamin yg sy boleh berjaya di aliran sains yg amat susah nih, tetapi,sy sanggup bekerja keras utk menghadapi mata pelajaran yg sukar itu… apa yg sy pasti, sy mahu menjadi seorang guru,kerana itulah impian mak ayah saya dan juga impian sy buat selama ini… namun, sy takut usaha sy tidak berhasil… itulah yg paling sy takutkan. mungkin salah sy kerana tidak memahami konsep “don’t study hard , but study smart’… Hanya Tuhan saja yg tau sy telah cuba yg sebaiknya… bye..

    • Cikgu Awang said

      adik chin….. cikgu tidak tahu pencapaian spm adik. Oleh itu cikgu tidak dapat untuk mengulas dengan lebih tepat. tapi bagi cikgu , masuk ke f6 sudah mrupakan pencapaian yang baik bebanding ramai lagi yang gagal. cuma cikgu nak tekankan di sini adalah adik seorang yang sangat bertuah, dan ibu bapa bertuah melahirkan adik. eMenjadi seorang guru juga impian yang murni, bahkan cikgu yakin seorang guru bukan sahaja seorang yang berada di sekolah bahkan di mana-mana. Ibu bapa adalah guru adik, bahkan adik sendiri menjadi guru kepada rakan dan adik beradik. Jangan takutkan kegagalan, tapi anggaplah kegagalan sebagai motivasi adik lenih berjaya. Cikgu yakin adik BOLEH.

  30. Alhamdulilah kerana saya menemui blog cikgu. Tahniah kerana cikgu berjaya membina blog yang canggih. Saya baru sebulah membina blog Pengajian Am sekolah saya. Saya harap saya turut dapat membantu para pelajar mendapat A dalam Pengajian Am STPM.

    • Cikgu Awang said

      tahniah juga kepada cikgu yang terlibat sama dalam pendidikan maya ini. Semoga ramai lagi cikgu PAM yang turut serta menyumbang bahan untuk kegunaan para pelajar.

  31. leela said

    cikgu saya rasa pa sangat susah. boleh encik ajar saya bagaimana nak stdy pa.. tq

  32. Cikgu Awang said

    untuk soalan tambahan adik boleh rujuk di link muat turun bahan. Cikgu ada banyak soalan percubaan tetapi kekangan masa cikgu berusaha kongsikan seberapa banyak set soalan yang cikgu sempat scan.

  33. dididean said

    cikgu, mohon jasa baik masukkan soalan percubaan stpm negeri sarawak 2010

    • Cikgu Awang said

      adik… Tidak ada soalan percubaan stpm PAM negeri Sarawak. Cikgu akan berusaha mendapatkan soalan percubaan dari sekolah-sekolah sekitar Bandaraya Kuching.

  34. Nahariah Mohamad said

    Assalamualaikum.saya guru PA1 di kelantan, telahpun download soalan trial PA1 sekolah cikgu, tapi masalahnya tiada skema jawapan. Bolehkan cgu emailkan kepada saya? Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 471 other followers

%d bloggers like this: