Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

BAHAGIAN A DAN B

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B

Strategi menjawab ini diadaptasi daripada salah seorang GURU CEMERLANG Pengajian Am di Bahagian Kuching Sarawak dan strategi ini dinamakan RUMUS ICU.

Calon Tingkatan 6 atau Pra-U hendaklah seorang calon yang matang dari segi pengolahan idea dan juga huraian. Setiap idea dan huraian menunjukkan kematangan yang tinggi dan boleh membuat hubung kait diantara idea dan huraian. Oleh itu RMUS ICU diperkenalkan oleh beliau.

RUMUS ICU

I

IDEA UTAMA

Permualaan perenggan calon hendaklah menyatakan idea utama. Oleh kerana di dalam Pengajian Am jumlah perkataan sekitar 250-300 patah perkataan maka wajar pelajar menggunakan sepenuhnya jumlah perkataan.

Idea Utama hendaklah matang dan jelas. Perancangan/membuat rangka penting agar idea utama ini tidak berulang semula dalam idea-idea yang lain.

ISI LANJUTAN.

Isi lanjutan hendaklah menyokong idea utama. Ia merupakan kesinambungan idea utama. Memadai dinyatakan dalam satu ayat sahaja .

C

CONTOH

Ayat yang seterusnya pelajar dapat memberi CONTOH yang sesuai dengan idea yang dinyatakan. Contoh tersebut tidak semestinya bermula dengan perkataan contohnya…..Jika perkataan ini digunakan di setiap huraian idea akan menjejaskan penulisan pelajar. Contoh yang dinyatakan ini menjadi sokongan tambahan yang kuat dan kukuh bagi penerangan pelajar. Ini juga menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar yang tinggi.

U

ULASAN

Ayat terakhir dalam perenggan huraian idea adalah pelajar dapat membuat ulasan terhadap idea dinyatakan. Ulasan ini boleh dalam bentuk cadangan, pendapat atau huraian lanjutan terhadap isu dikemukakan.

Dengan RUMUS ICU ini pelajar mampu menghasilkan karangan yang baik. Di mana dalam setiap perenggan pelajar dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 5-6 ayat. Selain itu karangan pelajar juga akan mantap.

Contoh penggunaan RUMUS ICU.

Soalan STPM 2007 (Bahagian A-Esei Laras Sastera)

Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan.

Kesan negatif – 1. Menjadi punca pelbagai masalah sosial.

Rumus

Idea/Huraian

Catatan

I

Idea Utama

Idea Lanjutan

Salah satu kesan negatif projek perumahan terbengkalai adalah menimbulkan pelbagai masalah sosial.

Ramai pihak akan mengambil kesempatan jika kawasan perumahan dibiarkan terbiar.

C

Contoh

Masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah, seks rambang dan juga jenayah kecurian akan berlaku di kawasan ini.

U

Ulasan

Akibatnya, gejala ini akan merosakkan sistem sosial masyarakat setempat jika tidak diatasi.

*Pelbagai tajuk esei klik di sini.

* Ini sebagai panduan sahaja. Kesilapan bahasa amatlah dikesali. Cikgu bukan guru bahasa tetapi cuba memberikan yang terbaik. Jika ada kesilapan bahasa sila betulkaN.

Terima kasih.

9 Responses to “BAHAGIAN A DAN B”

  1. liza said

    byk info dlm blog nie…terima kasih

  2. lulu said

    karangan panjang 200-350 patah perkataan temtang masalah
    sosial remaja dan seks rambang di kalangan remaja

  3. lian said

    terlampau banyak soalan sampai tidak cukup masa…

  4. yaNa said

    dr mane sy nak dptkn nota2 pgajian am?

  5. ShazwaniSBH said

    salam cg…isu tahun sblm ni byk..so agknya,adakh bntuk soalan akn brulang?kami ambil isu tahun 2008 ke tau tahun ni cg?

  6. Ahmad said

    saya perlu banyak note P.A 2 khususnya bahagian b dan c.sekian

  7. nina said

    blog ni byk beri sy input..tp sy msih lg kabur ar ttg skema yg diminta..

  8. aryna said

    ‘Industri maya berupaya cetus revolusi baharu dalam dunia perniagaan elektronik menerusi pelbagai kelebihan yang ditawarkan. Namun, tidak ramai pengguna internet di Malaysia menggunakan alam maya untuk berurusniaga. Bincangkan.’

    ckgu,klu soalan begini sy prlu beri 2 isi kebaikan & 2 isi keburukan tentang berurusniaga menggunakan alam maya,kn ??

    • stpm candidate 2012 said

      ‘Industri maya berupaya cetus revolusi baharu dalam dunia perniagaan elektronik menerusi pelbagai kelebihan yang ditawarkan. Namun, tidak ramai pengguna internet di Malaysia menggunakan alam maya untuk berurusniaga. Bincangkan.’

      sya rsa soalan ini minta kelebihan perniagaan menggunakan internet dan sebab-sebab rakyat malaysia masih tidak menggunakan internet untuk berurusniaga… betul x pendapat saya ni? kalau salah sy minta maaf ..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: