Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Archive for September, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Posted by Cikgu Awang on September 24, 2008

Dikesempatan ini cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada anak didik cikgu dan juga kepada semua pelajar muslim seluruh Malaysia. Juga kepada rakan seperjuangan dan guru-guru yang mengajar subjek Pengajian Am.

Kepada para pelajar, di dalam bergembira jangan lupa mengulang kaji pelajaran bagi memastikan pelajar sentiasa bersedia. selain itu tahap kemahiran pelajar juga tidak menurun.

Cikgu akan menyambut lebaran di kampung halaman (Kuching) dan hanya balik semula ke MIri pada 4 Oktober nanti. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Wassalam.

Posted in education | Leave a Comment »

Jadual Waktu STPM 2008

Posted by Cikgu Awang on September 3, 2008

Jadual Waktu STPM 2008 ( jwaktustpm2008 )

Disini Cikgu rumuskan untuk Pengajian Am

Tarikh 18 November 2008 (Selasa)       PA 2 (900/2)       8.00  – 11.00 pagi

1 Disember 2008 ( Isnin)           PA1 (900/1)        8.00 – 10.00 pagi

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan, untuk subjek PA sangat bersesuaian sekali. Sesetengah pelajar mempunyai waktu yang mencukupi beberapa hari untuk memberikan fokus sepenuhnya terhadap PA. Oleh itu pelajar harus menggunakan sepenuhnya waktu luang tersebut. Ingat, ujian ini hanya sekali sahaja dalam hidup anda dan berusaha lakukan yang terbaik.

Sepatutnya ketika ini pelajar sudah tahu tahap kesediaan pelajar menghadapi ujian. Tanyalah hati kecil para pelajar.

Wassalam.

Posted in education | Tagged: , , , | 4 Comments »