Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Akta Patriotik dan kesejahteraan kaum perlu digubal

Posted by Cikgu Awang on October 16, 2012

Akta Patriotik dan kesejahteraan kaum perlu digubal – PBTM

Berita Harian
2012/10/16 – 19:03:53 PM Cetak Emel Kawan
KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) meminta kerajaan segera menggubal dan melaksanakan Akta Patriotik dan Kesejahteraan Kaum bagi memastikan kedaulatan negara dipertahan serta terpelihara.

Naib Presidennya, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman berkata ini berikutan terdapat banyak anasir luar yang cuba campur tangan dalam urusan Malaysia dan menggugat kestabilan negara, baik dari aspek keselamatan domestik, perpaduan, perkauman serta fitnah domba.

“Pergerakan anasir luaran ini dikenal pasti menerusi orang perseorangan, ahli politik tertentu, badan bukan kerajaan (NGO) dan media massa terutama media sosial.

“Oleh itu, kita mesti ada undang-undang yang boleh mengawal dan mencegah kemasukan dana kewangan dari pihak anasir luar,” kata Ahli Parlimen Lipis itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata kewujudan akta ini boleh menyekat sebarang anasir negatif daripada menyusup masuk ke Malaysia dan meracuni pemikiran rakyat. – BERNAMA

Sorry, the comment form is closed at this time.

 
%d bloggers like this: