Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Archive for August, 2012

STESEN BUMI

Posted by Cikgu Awang on August 14, 2012

SEGMEN bumi adalah sebuah terminal yang dibina untuk tujuan komunikasi sistem satelit. Ia menggunakan pelbagai reka bentuk nod iaitu terminal sistem dalam rangkaian konfigurasi di mana mesej boleh diwujudkan, diterima atau dihantar untuk tujuan berbagai perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna.

Nod terdiri daripada rangkaian konfigurasi terminal stesen bumi merangkumi skala terminal bukaan yang sangat kecil atau Very Small Aperture Terminal ( VSAT) sehinggalah bukaan konfigurasi yang luas.

Dalam konteks ini, saiz merujuk kepada diameter reflektor yang berukuran dalam julat 60 sentimeter hingga 2.4 meter.

Sebagai contoh, aplikasi komunikasi data ke lokasi perniagaan yang terletak di tempat terpencil menggunakan aplikasi rangkaian telefon yang besar.

Antara alat komunikasi kos rendah yang digunakan oleh pengguna untuk kegunaan harian termasuklah telefon mudah alih, komputer serta penerima satelit siaran langsung (Direct Broadcast Satellite, DBS) di rumah.

Kepelbagaian jenis sistem bumi dan peranti ini, menggunakan teknologi perkakasan dan perisian yang turut digunapakai di dalam telekomunikasi moden yang lain.

Pelancaran Sputnik 1 milik Soviet Union pada 4 Oktober 1957 untuk Program Soviet Sputnik adalah permulaan kepada persaingan dalam penerokaan angkasa dan teknologi satelit dalam perang dingin di antara Soviet Union dan Amerika Syarikat.

Seterusnya, Sputnik 2 pula dilancarkan pada 3 November 1957 yang turut membawa seekor anjing bernama Laika.

Amerika Syarikat turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan menerokai angkasa lepas dan melancarkan satelitnya, iaitu Explorer 1 pada 1 Februari 1958 sebagai respon kepada pelancaran Sputnik 1.

Titik permulaan penerokaan teknologi angkasa telah berkembang dan seiring dengan itu stesen-stesen bumi turut dibangunkan untuk dijadikan sebagai pusat penerimaan maklumat-maklumat daripada objek-objek di angkasa lepas.

Stesen bumi

Selari dengan perkembangan teknologi satelit dan keperluan misi angkasa, kemajuan juga dapat dilihat kepada teknologi stesen bumi seiring dengan perkembangan semasa.

Pada abad ke-21, satelit telah menjadi teknologi penting dalam kehidupan manusia.

Antara aplikasi-aplikasi penting sesebuah satelit adalah telekomunikasi, pemerhatian ruang angkasa dan bumi, pemantauan data maklumat secara global, pemerhatian dan perisikan tentera, sistem kedudukan global (GPS), sains mikro-graviti dan lain-lain lagi.

Satelit dilancarkan dari bumi oleh kapal angkasa atau menerusi pelancaran roket daripada darat.

Setelah dilancarkan, satelit akan berada kepada ketinggian yang dikehendaki seterusnya dilepaskan ke dalam orbitnya yang tersendiri.

Bagi mengekalkan kesempurnaan operasi, satelit tersebut akan dikawal oleh pusat kawalan yang terletak di Stesen Bumi.

Stesen Bumi memainkan peranan yang penting di dalam sesuatu misi angkasa kerana ia menyediakan platform untuk menyelia dan mengawal misi, menghantar arahan dan menerima status pengoperasian dan telemetri daripada satelit, menerima dan memproses data yang dihasilkan oleh instrumen.

Ia juga digunakan untuk mengetahui kedudukan tepat sesebuah satelit di angkasa.

Stesen bumi boleh berkomunikasi dengan satelit-satelit yang berada di angkasa lepas melalui proses penghantaran dan penerimaan gelombang radio pada jalur frekuensi yang sangat tinggi (di antara 1 – 30 GHz).

Apabila stesen bumi berjaya menghantar gelombang radio kepada satelit (atau sebaliknya), ia mewujudkan hubungan telekomunikasi di antara keduanya.

Sesebuah satelit mampu berkomunikasi dengan beberapa stesen bumi jika ia berada di lingkungan titik penerimaan stesen-stesen bumi tersebut.

Sistem stesen bumi

Stesen bumi mengandungi semua kemudahan dan sistem yang diperlukan di bumi untuk mengawal dan mengendalikan satelit.

Ia terdiri daripada Stesen Kawalan Misi dan Stesen Penerimaan dan Pemprosesan Imej.

Tujuan utama Stesen Kawalan Misi adalah untuk merancang, memantau dan mengawal perlaksanaan keseluruhan misi angkasa. Ia juga beroperasi untuk menyedia dan menghantar arahan kepada satelit selain memantau keadaannya menerusi proses penerimaan dan memaparkan telemetri yang diterima.

Stesen ini juga menjadi pusat penyimpanan dan pemprosesan semula data-data orbit yang telah dikumpulkan oleh satelit.

Stesen Penerimaan dan Pemprosesan Imej pula menerima dan memproses data yang dimuat turun daripada satelit.

Stesen ini akan menghasilkan imej mengikut piawaian tertentu yang kemudiannya akan dikatalogkan untuk memudahkan pengguna mengakses imej yang telah diproses.

Secara amnya ia menjadi pengantara yang komprehensif untuk menyediakan akses yang lebih mudah kepada data imej satelit.

Stesen bumi mempunyai antena dan sub-sistem frekuensi radio (RF) yang terdiri daripada antena, pemancar S-band (atau mengikut jalur frekuensi misi), penerima S-band (atau mengikut jalur frekuensi misi), penerima X-band (untuk penerimaan data imej) dan sistem pengesanan.

Misi RazakSAT

Satelit RazakSAT telah berjaya dilancarkan pada 14 Julai 2009 dari Kwajalein, Pulau Omelek, di Kepulauan Marshall, Guam, Amerika Syarikat.

Jurutera-jurutera Malaysia telah berjaya menghubungkan komunikasi dengan satelit RazakSAT pada orbitnya apabila melintasi Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa.

Uniknya RazakSAT merupakan satelit remote sensing pertama di dunia mengelilingi garisan Hampir Khatulistiwa (NeqO).

Misi komunikasi tersebut berjaya dilaksanakan menerusi Stesen Bumi Pusat Angkasa Negara yang terletak di Sg. Lang, Banting. Imej pertama yang berjaya diambil oleh RazakSAT diperolehi tujuh hari selepas pelancarannya.

Pelbagai proses pengoperasian satelit RazakSAT telah dijalankan oleh jurutera-jurutera Malaysia menerusi pemantauan selama 24 jam untuk tempoh tiga bulan berturut-turut.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pemantauan sistem satelit RazakSAT dan juga aktiviti housekeeping untuk memastikan satelit RazakSAT berfungsi dalam keadaan normal.

Operasi kemudiannya diteruskan daripada Pusat Kawalan Misi yang terletak di premis Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd.

Melalui misi ini, Malaysia telah melahirkan jurutera-jurutera yang pakar dalam pengawalan stesen bumi dan pengoperasian satelit.

Teknologi pembinaan satelit yang semakin maju dilihat dapat menggalakkan pembinaan satelit yang berterusan di Malaysia seterusnya menggalakkan pembangunan sistem stesen bumi bagi menampung keperluan komunikasi dan kawalan satelit.

Posted in Laras Sains | Leave a Comment »

Jenayah Siber (Punca dan langkah mengatasi)

Posted by Cikgu Awang on August 14, 2012

 

 

 

 

JENAYAH SIBER

ANCAMAN JENAYAH SIBER DALAM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

  1. MALAYSIA MENSASARKAN SETIAP RUMAH DILENGKAPI DGN KEMAJUAN JALUR LEBAR.

 

  1. PERKHIDMATAN KONVENSIONAL IAITU PERKHIDMATAN KAUNTER BERTUKAR MENJADI MELALUI TALIAN (ON-LINE). BANYAK URUSAN DILAKUKAN SECARA ATAS TALIAN :

CONTOH : SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA, SEMAKAN SAMAN, BAYARAN ZAKAT, PERKHIDMATAN PERBANKAN DLL.

 

  1. KECELIKAN MANUSIA TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT MENGUNDANG INOVASI BAGI MENGEKSPLOITASI UNTUK TUJUAN JENAYAH SIBER.

 

  1. JENAYAH SIBER DILAKUKAN OLEH GOLONGAN BERPENDIDIKAN TINGGI DAN PROFESSIONAL.

 

 

  1. KES JENAYAH SIBER TERUS MENINGKAT SABAN TAHUN, MEMBERI ANCAMAN TERHADAP KEDAULATAM NEGARA KRN PENGGODAM MAMPU MENCEROBOH SISTEM PERTAHANAN DAN KESELAMATAN NEGARA, LALU MENJUAL MAKLUMAT KPD NEGARA MUSUH.

 

  1. SEMUA PERINGKAT PENGGUNAAN KOMPUTER BERDEPAN AKTIVITI JENAYAH.

 

 

  1. JENIS-JENIS JENAYAH SIBER :

 

  1. PENIPUAN
  2. KEROSAKAN ATAU PENGUBAHSUAIAN KE ATAS PROGRAM / DATA KOMPUTER
  3. KECURIAN MAKLUMAT
  4. CAPAIAN TIDAK SAH KE ATAS SISTEM
  5. MENYALIN PERISIAN SECARA TIDAK SAH
  6. PENGINTIPAN
  7. JUDI SIBER
  8. SKIM CEPAT KAYA
  9. PORNOGRAFI
  10. PENGGODAM ATAU ‘HACKERS’
  11. PENYEBARAN VIRUS
  12. MENYALUR MAKLUMAT PALSU

 

 

PUNCA-PUNCA JENAYAH SIBER

 

  1. SUKAR KENAL PASTI PENJENAYAH

ü  SUKAR MENETUKAN SIAPA YANG MENYERANG SISTEM KITA, MENGAPA DAN DARI MANA

ü  KEMUNGKINAN OLEH INSTITUSI PESAING ATAU DI UPAH OLEH PIHAK TERTENTU

ü  KURANG BUKTI – SUKAR DITANGKAP

 

  1. KEPENTINGAN EKONOMI

ü  K-EKONOMI MENJADI SANGAT PENTING

ü  MENGGUNAKAN KEPAKARAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

ü  MALAYSIA MENGGALAK PELABUR LUAR MEMBINA MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC).

ü  UNTUK MENARIK PELABURAN ASING, MALAYSIA MEMPERKENALKAN RANG JAMINAN (BILL OF GUARANTEES) IAITU JAMINAN TIADA PENAPISAN INTERNET.

ü  PENGGUNA BEBAS MENGGUNAKAN INTERNET TERMASUK PENJENAYAH SIBER.

 

 

 

  1. SIKAP MANUSIA

ü  SUKAR DI KAWAL

ü  MENYERANG SISTEM SEKADAR SUKA-SUKA ATAU MENCUBA ILMU DIPELAJARI

ü  GOLONGAN REMAJA DAN BELUM MATANG UNTUK BERFIKIR

 

 

  1. BERBEZA TAKRIFAN JENAYAH

ü  PERBEZAAN TAKRIFAN ANTARA JENAYAH SIBER DENGAN JENAYAH BIASA.

ü  JABATAN KEHAKIMAN AMERIKA, JENAYAH SIBER ADALAH MANA-MANA AKTIVITI YG TIDAK SAH DI MANA PENGETAHUAN KOMPUTER DIGUNAKAN UNTUK MEREALISASIKAN.

ü  BAGI MALAYSIA DAN NEGARA ISLAM, JUDI, BAHAN PORNOGRAFI DAN PENGIKLANAN SEKS ADALAH SATU JENAYAH TETAPI TIDAK DI SESETENGAH NEGARA.

ü  SUKAR DIKUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG SIBER.

ü  MALAYSIA DENGAN JANJI TIDAK MENAPIS TERPAKSA MERELAKAN JENAYAH BERLAKU.

 

 

 

 

  1. SIKAP SESETENGAH MASYARAKAT

ü  TAMAK WANG RINGGIT HINGGA SANGGUP MENIPU

ü  CONTOH JUAL-BELI BARANGAN MELALUI INTERNET

ü  TERTIPU DENGAN SKIM CEPAT KAYA YANG DIIKLANKAN DI INTERNET DIKELOLA OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNG JAWAB.

 

  1. KEPENTINGAN KETENTERAAN

ü  DUNIA TANPA SEMPADAN

ü  SISTEM DAN RANGKAIAN MAKLUMAT TERDEDAH ANCAMAN DAN MUDAH DI SERANG

ü  PEPERANGAN ILMU PENGETAHUAN

ü  MUSUH MENYERANG SISTEM KOMPUTER DAN MEMUSNAHKAN SISTEM.

ü  MEMPERTAHANKAN DIRI DARI SERANGAN PENGGODAM

 

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JENAYAH SIBER.

 

  1. KERJASAMA ANTARA NEGARA SECARA GLOBAL

ü  PERLU BEKERJASAMA DGN NEGARA LAIN – UNTUK MENINGKATKAN KEUPAYAAN DLM MENGHADAPI SERANGAN SIBER.

ü  HUBUNGAN DIPLOMATIK YANG BAIK – BEKERJASAMA  BERKONGSI  MAKLUMAT DLM KESELAMATAN KOMPUTER

ü  MENUBUHKAN UNIT PENCEGAHAN JENAYAH SIBER

ü  PAKAR DARI NEGARA MAJU SPT AMERIKA, BRITAIN DLL.

 

  1.   MENINGKATKAN KEMAMPUAN ANGGOTA KESELAMATAN

ü  PDRM DN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) SERTA BANK NEGARA

ü  MELATIH KAKITANGAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DLM BIDANG FORENSIK KOMPUTER (DIGUNAKAN UTK MENYIASAT DAN ANALISIS BAGI MENDAPATKAN BUKTI KUKUH )

ü  PENDAKWAAN KE ATAS PENJENAYAH SIBER LEBIH BERKESAN

 

  1. KERJASAMA ANTARA KERAJAAN DGN SYARIKAT SERTA PENGGUNA KOMPUTER

ü  SYARIKAT YANG INGIN MEMULAKAN E-DAGANG PERLU MELAKUKAN LANGKAH KESELAMATAN TERLEBIH DAHULU

ü  BERKONGSI MASALAH PENCEROBOHAN DAN PENGGODAMAN DGN KERAJAAN.

ü  MEMBERI CADANGAN KPD KERAJAAN UNTUK MENINGKATKAN KESELAMATAN MAKLUMAT

 

  1. KAJIAN TERHADAP HUKUMAN

ü  UNDANG-UNDANG SEDIA ADA PERLU DIKAJI KEBERKESANAN OLEH PENGGUBAL UNDANG-UNDANG

ü  BENTUK HUKUMAN JUGA PERLU DI BERI TUMPUAN

ü  HUKUMAN BERBENTUK PEMULIHAN

ü  MENGGUNAKAN KEPAKARAN PENJENAYAG SIBER UNTUK  JALAN YANG BAIK

 

 

  1. PEMANTAUAN PIHAK BERKUASA DI ALAM SIBER

ü  PDRM MERONDA DI INTERNET MELALUI UNIT ‘CYBER CRIME’(JENAYAH SIBER) BUKIT AMAN – MEMBANTERAS JENAYAH SIBER DI LAMAN SOSIAL SPT FACEBOOK (MUKA BUKU).

ü  ANCAMAN DI LAMAN SOSIAL SPT UGUTAN, PROPAGANDA PERKAUMAN DLL.

ü  KERJASAMA DRPD SKMM DAN CYBER SECURITY MALAYSIA.

 

 

 

  1. MENERAPKAN PENGETAHUAN MENGENAI JENAYAH SIBER

ü  PENERAPAN DI BANGKU SEKOLAH LAGI

ü  KEPADA MASYARAKAT MELALUI MEDIA MASSA DAN MEDIA ELEKTRONIK

ü  MEMBERI MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT MENGENAI JENAYAH SIBER DAN CARA MENGELAK DRPD MENJADI MANGSA

ü  MELAHIRKAN MASYARAKAT CELIK TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

 

 

Posted in Uncategorized | Tagged: | Leave a Comment »