Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Archive for November, 2008

2009…. sekolah baru

Posted by Cikgu Awang on November 28, 2008

cikgu nak minta maaf kepada para pelajar kerana cikgu tak sempat balas komen-komen yang dikirim pelajar. ini kerana di ketika ini cikgu sibuk dengan urusan perpindahan cikgu. untuk makluman pelajar mulai januari 2009 cikgu akan berpindah ke Kuching (kampung halaman) dan mengajar di SMK St Joseph, Kuching. Oleh itu cikgu kurang aktif waktu ni. Cikgu harap tahun 2009 nanti cikgu akan terus mengajar subjek Pengajian Am dan meneruskan kesinambungan laman ini untuk kegunaan pelajar.

Sehingga berjumpa lagi.

Advertisements

Posted in education | 1 Comment »

RAMALAN ESEI PA2 2008

Posted by Cikgu Awang on November 6, 2008

Dipetik dari http://forum.engkabang.net/index.php/topic,14904.0.html

Pahang
Bahagian A
1. penggunaan kad kredit
2.OKU
Bahagian B
1.Hutan
2.Kepentingan penggunaan semula sisa pepejal

Negeri Sembilan
Bahagian A.
1. pertambahan bilangan pelajar perempuan yang cemerlang dalam akademik memang tidak dapat dinafikan lagi. Sekiranya keadaan ini berterusan akan membawa beberapa kesan kepada negara. Bincangkan.
2. Dalam usaha untuk mencapai wawasan ke arah negara maju menjelang tahun 2020, pembangunan fizikal perlu diberi perhatian, namun begitu pembangunan modal insan juga merupakan prasyarat penting ke arah itu. Bincangkan.
Bahagian B
3. Peningkatan hasil  pengeluaran dlm sektor pertainan tidak hanya bergantung kpd keadaan iklim semata-mata. Bincangkan.
4. Penyakit kanser merupakan penyakit yang serius dan dikatagorikan sebagai pembunuh utama penduduk dunia ini. Penyakit ini sukar diubati dan amat ditakuti oleh manusia.
Jelaskan perkaitan antara perkembangan penyakit ini dengan kemajuan negara.

Perak
Bahagian A
1. Industri maya berupaya mencetus revolusi baharu dalam dunia perniagaan elektronik menerusi pelbagai kelebihan yang ditawarkan. Namun, tidak ramai pengguna internet di Malaysia menggunakan alam maya untuk berurusniaga. Bincangkan
2. Kurangnya minat membaca menjadi masalah utama memperkembangkan minda modal insan yang berkualiti di negara ini. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan.
Bahagian B
3. Perkembangan dan aplikasi teknologi robotik telah mencapai kemajuan yang membanggakan di Malaysia. Bincangkan kepentingan teknologi ini terhadap pembangunan negara.
4. Kepelbagaian biologi memainkan peranan penting untuk kesejahteraan hidupan sejagat. Justeru, pelbagain langkah efektif perlu dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan hidup di muka bumi. Bincangkan.
Penang
Bahagian A:
1.Rakyat Malaysia digalakkan  menguasai lebih daripada satu bahasa,bahkan di sekolah pelajar diwajibkan mempelajari sekurang-kurangnya bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.Bincangkan faedah mempelajari bahasa kedua dan masalah dalam mencapai hasrat tersebut.

2.Industri perfileman tanah air menghadapi pelbagai kekangan yg masih belum mengarah kpd penyelesaian.Oleh yg demikian,,langkah-langkah yg sewajarnya perlu diambil bagi menangani kekangan tersebut.Bincangkan.

CUBA BERBINCANG BERSAMA RAKAN/GURU UNTUK SETIAP SOALAN.

Posted in education | Tagged: , , , | 5 Comments »

STPM 2008

Posted by Cikgu Awang on November 6, 2008

Di kesempatan ini cikgu ingin mengucapakan kepada semua pelajar yang mengambil mata pelajaran Pengajian Am(900) STPM  2008, khasnya anak murid cikgu di  SMK Baru Miri dan juga pengunjung laman ini dengan ucapan

“SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM STPM 2008”

Posted in education | Tagged: , , , | 2 Comments »