Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Archive for August, 2008

Teknik menjawab Bahagian A dan B P.AM

Posted by Cikgu Awang on August 7, 2008

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B

Strategi menjawab ini diadaptasi daripada salah seorang GURU CEMERLANG Pengajian Am di Bahagian Kuching Sarawak dan strategi ini dinamakan RUMUS ICU.

Calon Tingkatan 6 atau Pra-U hendaklah seorang calon yang matang dari segi pengolahan idea dan juga huraian. Setiap idea dan huraian menunjukkan kematangan yang tinggi dan boleh membuat hubung kait diantara idea dan huraian. Oleh itu RMUS ICU diperkenalkan oleh beliau.

RUMUS ICU

I

IDEA UTAMA

Permualaan perenggan calon hendaklah menyatakan idea utama. Oleh kerana di dalam Pengajian Am jumlah perkataan sekitar 250-300 patah perkataan maka wajar pelajar menggunakan sepenuhnya jumlah perkataan.

Idea Utama hendaklah matang dan jelas. Perancangan/membuat rangka penting agar idea utama ini tidak berulang semula dalam idea-idea yang lain.

ISI LANJUTAN.

Isi lanjutan hendaklah menyokong idea utama. Ia merupakan kesinambungan idea utama. Memadai dinyatakan dalam satu ayat sahaja .

C

CONTOH

Ayat yang seterusnya pelajar dapat memberi CONTOH yang sesuai dengan idea yang dinyatakan. Contoh tersebut tidak semestinya bermula dengan perkataan contohnya…..Jika perkataan ini digunakan di setiap huraian idea akan menjejaskan penulisan pelajar. Contoh yang dinyatakan ini menjadi sokongan tambahan yang kuat dan kukuh bagi penerangan pelajar. Ini juga menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar yang tinggi.

U

ULASAN

Ayat terakhir dalam perenggan huraian idea adalah pelajar dapat membuat ulasan terhadap idea dinyatakan. Ulasan ini boleh dalam bentuk cadangan, pendapat atau huraian lanjutan terhadap isu dikemukakan.

Dengan RUMUS ICU ini pelajar mampu menghasilkan karangan yang baik. Di mana dalam setiap perenggan pelajar dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 5-6 ayat. Selain itu karangan pelajar juga akan mantap.

Contoh penggunaan RUMUS ICU.

Soalan STPM 2007 (Bahagian A-Esei Laras Sastera)

Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan.

Kesan negatif – 1. Menjadi punca pelbagai masalah sosial.

Rumus

Idea/Huraian

Catatan

I

Idea Utama

Idea Lanjutan

Salah satu kesan negatif projek perumahan terbengkalai adalah menimbulkan pelbagai masalah sosial.

Ramai pihak akan mengambil kesempatan jika kawasan perumahan dibiarkan terbiar.

C

Contoh

Masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah, seks rambang dan juga jenayah kecurian akan berlaku di kawasan ini.

U

Ulasan

Akibatnya, gejala ini akan merosakkan sistem sosial masyarakat setempat jika tidak diatasi.

* Ini sebagai panduan sahaja. Kesilapan bahasa amatlah dikesali. Cikgu bukan guru bahasa tetapi cuba memberikan yang terbaik. Jika ada kesilapan bahasa sila betulkan.

Terima kasih.

Posted in Uncategorized | 5 Comments »

Pelajar Tingkatan Enam Ke Luar Negara

Posted by Cikgu Awang on August 4, 2008

Dipetik sepenuhnya daripada Berita Harian, 4 Ogos 2008.

Tingkatan Enam ke luar negara


KUALA LUMPUR: Murid Tingkatan Enam berpeluang ke luar negara bagi tujuan pendidikan apabila langkah penjenamaan semula yang membabitkan rombakan secara besar-besaran, dilaksanakan tahun depan.

Pembaharuan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran itu dilaksanakan dengan jaminan dasar kerajaan, iaitu pendidikan percuma untuk semua dikekalkan walaupun peningkatan perbelanjaan dijangka berlaku.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mat Dom, berkata penambahan aspek yang ketika ini hanya dinikmati pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bertujuan menambah pengetahuan, mematangkan murid dan mengubah persepsi orang ramai terhadapnya.

 

Katanya, sebelum ini Tingkatan Enam dianggap alternatif terakhir apabila apabila hendak melanjutkan pelajaran selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana pelajar lebih cenderung memilih Matrikulasi (kursus praijazah) dan IPT (kursus diploma).

“Sebab itu kita merombak sistem pengajaran dan pembelajaran Tingkatan Enam dengan menawarkan pelbagai insentif menarik yang hampir sama ditawarkan di IPT supaya pelajar lebih yakin memilihnya.

“Dari segi kurikulum, kami akan memperbanyakkan kuiz, perbincangan serta perbahasan dan menggalakkan inovasi produk menerusi kajian dan penyelidikan,” katanya, di sini semalam.

Posted in education | Tagged: , , , , , | 2 Comments »