Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

BAHAGIAN C

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN C

Bahagian C terdiri daripada Soalan 5 dan Soalan 6.

Soalan 5 merupakan petikan kefahaman laras sastera dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu 5(a) dan 5(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu soalan sahaja.

Soalan 6 merupakan petikan kefahaman laras sains dan juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu 6(a) dan 6(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu sahaja.

Ini bermakna untuk bahagian C pelajar perlu menjawab SATU SOALAN 5(a) ATAU 5(b) DAN SATU SOALAN 6(a) ATAU 6(b).

Di sini ada beberapa panduan untuk pelajar menjawab Bahagian C (Petikan).

1. Baca seluruh soalan dalam Bahagian ini dan kenal pasti soalan yang para pelajar dapat menjawab dengan sangat baik. Kegagalan mengenal pasti soalan yang anda yakini akan menjejaskan tumpuan para pelajar. Contohnya tanpa membaca soalan lain dalam bahagian ini pelajar terus menjawab, katakana soalan 5(a). Apabila selepas menjawab dan kemudian membaca pula soalan 5(b), pelajar dapati dpat memberikan idea dan huraian yang lebih baik. Ini akan menjejaskan tumpuan para pelajar. Oleh itu sila berhati hati.

2. Setiap soalan terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.

a. Roman i 2 Markah

Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja.(mencukupi dengan jumlah markah diperuntukkan).

Jawapan hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai yang mempunyai maksud yang sama/seakan sama dengan perkataan asal untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.

B. Roman ii 8 Markah

Aspek pemarkahan:

Idea(2 idea) 2 Markah

Huraian 4 Markah

Bahasa 2 markah

a. Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 isi/idea yang tepat dan matang.

b. Huraian hendaklah relevan dengan isi/idea yang dinyatakan dan hendaklah padat. BERHATI-HATI DENGAN LARAS SOALAN. Kesalahan laras soalan akan menjejaskan pemarkahan dari aspek idea dan juga huraian.

c. Buat dalam satu perenggan sahaja.

d. Jumlah perkataan hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan.

7 Responses to “BAHAGIAN C”

  1. Bea said

    Slmt ptg.. sy bimbang sgt gagal pngajian am sbb ayah sy tlalu push sy bljar utk pgjian am. sy trasa nak quit f6 n keje trus tp dah nak exam stpm hjg tahun ni. pls giv some tips 4 me. 1 lagi..knpa sy slalu mgantuk bila brada dlm kls? wlpun tido awl. awal pg jg mgantuk n pas mkn rehat mgantuk. apa masalah sy sbnarnya?

    • Cikgu Awang said

      adik bea,
      belajar perlukan semangat dan motivasi yang tinggi. Pertama adik harus menanam minat terhadap subjek tersebut. kalau tidak adik akan terus dalam masalah. semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik daripada anak. dan cikgu yakin keluarga adik lebih mengetahui kemampuan adik. Mereka yang paling dekat. mereka tidak akan meletak harapan yang mendesak. Adik anggaplah desakan sebagai satu MOTIVASI. dengan ini ia akan menjadi CABARAN dan meningkatkan SEMANGAT adik. YAKINLAH.

  2. eina said

    salam..sy xtau cara nak jawab soalan laras sastra dan laras sains… tlong la bantu sya ni

  3. cemmang said

    salam cgu..
    setiap soalan terbahagi kepada 2 bahagian..
    roman 1 dan roman 2..
    jd cgu,boleh tak saya mengguna 2 perenggan dalam roman 2?

  4. lily said

    salam cikgu..saya ada masalah kesuntukan masa semasa menjawab kertas pengajian am 2 terutama di bahagian d & e.boleh cikgu beri panduan berkenaan pembahagian masa, agar saya berkesempatan untuk menyiapkan semua jawapan.

  5. wan Zul said

    soalan spot utk STPM nanti ade x?
    >,<
    = from K.Terengganu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: