Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Archive for the ‘Laras Sastera’ Category

Tip menjelang ujian akhir tahun T6R SMK St Joseph

Posted by Cikgu Awang on October 15, 2011

PENGAJIAN AM
(900)

Tips/Panduan
akhir untuk peperiksaan :

 

BAHAGIAN A/ BAHAGIAN B


Untuk Bahagian A/B, pelajar perlu berhati-hati
dengan kehendak soalan. Jangan terburu-buru menjawab. Langkah berikut perlu
diikuti :

  1. Pilih soalan yang betul-betul pelajar yakin
    dapat jawab dengan baik (senang mendapat idea dan membuat huraian)
  2. Baca soalan dengan sepenuhnya (lengkap), dalami
    dan kenalpasti perkataan yang dapat membantu pelajar. Ingat konsep PUKAL
    (PUNCA, KESAN DAN LANGKAH) . Ini yang biasanya pelajar akan diuji.
  3. Ambil masa 2-3 minit untuk merangkap poin-poin
    sebelum menulis karangan. Setelah yakin dengan rangka (poin) mulalah menulis
    dengan memberi tumpuan sepenuhnya.


Karangan pelajar mestilah :

  1. 6 perenggan : 1 perenggan Pengenalan, 4
    perenggan idea/huraian dan 1 perenggan kesimpulan.
  2. Setiap perenggan 60-70 patah perkataan.
  3. Tumpukan bahagian idea/huraian , gunakan konsep
    ICU (Idea @ lanjutan idea, Contoh dan Ulasan ) berpandu kehendak soalan.


PASTIKAN LARAS BETUL. SASTERA UNTUK SASTERA DAN
SAINS UNTUK SAINS

Dalam laras sains, idea seperti  KEMPEN, SEMINAR, CERAMAH, HUKUMAN
DENDA/PENJARA, IKLAN, PENDIDIKAN sama sekali tidak boleh digunapakai.

 

BAHAGIAN C


Anggaplah bahagian ini bonus untuk pelajar.
Bukan cikgu maksudkan mudah sehingga pelajar tidak kisah. Kerana itulah pelajar
tidak harus mensia-siakan Bahagian C.


Pelajar perlu :

  1. Untuk soalan (i), pastikan dalam satu ayat
    sahaja. JANGAN disalin daripada petikan. Boleh ubahsuai ayat/perkataan.
  2. Untuk soalan (ii), berikan 2 isi sahaja. Fokus
    kepada huraian. Setiap isi perlu dihurai dengan ringkas dan padat.


Ingat. Pastikan laras yang betul dan jumlah
perkataan jangan melebihi 55 patah perkataan. Jangan juga terlalu kurang,
pelajar akan kerugian markah.

 

BAHAGIAN D

Tips : KATA
KUNCI

  1. Graf Garis – menunjukkan PERUBAHAN, ALIRAN ,
    PERGERAKAN, TURUN NAIK, PASANG SURUT atau apa-apa yang menunjukkan keadaan turn
    naik/pergerakan.


Perkataan JUMLAH untuk garis komponen, tanpa
JUMLAH garis kompaun.


Komponen perlukan ruang nilai tambah dalam
jadual.

 

  1. Graf Bar – selain daripada kata-kunci di atas,
    termasuk dalam graf bar.


Perkataan JUMLAH untuk bar komponen, tanpa
JUMLAH bar kompaun.


Komponen perlukan ruang nilai tambah dalam
jadual.

  1. Graf bar gabungan (gabungan graf bar dan garis)


Ada dua kehendak soalan dan dihubungkan dengan
Kata Hubung seperti DAN, SERTA.


Dalam petikan terdapat 2 pemboleh ubah berbeza @
unit berbeza.


Perlukan 2 jadual @ 1 jadual yang digabungkan.

 

BAHAGIAN E

  1. JADUAL/ CARTA/GRAF


Untuk jadual ada 3 soalan boleh dikemukakan :

  1. Pola perubahan……. Menunjukkan  perubahan, aliran, pergerakan,

Idea-Pelajar menerangkan pola keseluruhan,
peningkatan, penurunan dan tidak stabil.

Huraian- huraikan perubahan data (daripada jadual)
dan perubahan nilai dan peratus (pelajar perlu kira)

Huraian sebab – Nyatakan perubahan bagi setiap pola
perubahan tersebut.

  1. CARTA ALIRAN


Untuk carta aliran, lihat pergerakan anak panah
(di mana bermula dan berakhir)


Nyatakan 4 isi sahaja berserta huraian
berpandukan maklumat yang diberikan kecuali carta proses/peringkat perlu
dihuraikan semua proses/peringkat.

 

Di harap
tips ringkas ini akan dapat membantu pelajar menghadapi ujian yang akan datang.
Ingatlah usaha yang berterusan akan mendatangkan kejayaan bukannya usaha yang
sedikit tetapi mengharapkan kejayaan luar biasa.

 

Advertisements

Posted in education, isu semasa, Laras Sains, Laras Sastera | Leave a Comment »

Pelajar ketagih FB

Posted by Cikgu Awang on October 10, 2011

Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

 

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

 
Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia

Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.
“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit

Soalan :

Bincangkan kesan laman web sosial (FB, Myspace, Twitter dll) kepada remaja dan langkah-langkah menanganinya?

Posted in education, isu semasa, Laras Sastera | Tagged: , , | Leave a Comment »