Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Archive for the ‘Laras Sains’ Category

STESEN BUMI

Posted by Cikgu Awang on August 14, 2012

SEGMEN bumi adalah sebuah terminal yang dibina untuk tujuan komunikasi sistem satelit. Ia menggunakan pelbagai reka bentuk nod iaitu terminal sistem dalam rangkaian konfigurasi di mana mesej boleh diwujudkan, diterima atau dihantar untuk tujuan berbagai perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna.

Nod terdiri daripada rangkaian konfigurasi terminal stesen bumi merangkumi skala terminal bukaan yang sangat kecil atau Very Small Aperture Terminal ( VSAT) sehinggalah bukaan konfigurasi yang luas.

Dalam konteks ini, saiz merujuk kepada diameter reflektor yang berukuran dalam julat 60 sentimeter hingga 2.4 meter.

Sebagai contoh, aplikasi komunikasi data ke lokasi perniagaan yang terletak di tempat terpencil menggunakan aplikasi rangkaian telefon yang besar.

Antara alat komunikasi kos rendah yang digunakan oleh pengguna untuk kegunaan harian termasuklah telefon mudah alih, komputer serta penerima satelit siaran langsung (Direct Broadcast Satellite, DBS) di rumah.

Kepelbagaian jenis sistem bumi dan peranti ini, menggunakan teknologi perkakasan dan perisian yang turut digunapakai di dalam telekomunikasi moden yang lain.

Pelancaran Sputnik 1 milik Soviet Union pada 4 Oktober 1957 untuk Program Soviet Sputnik adalah permulaan kepada persaingan dalam penerokaan angkasa dan teknologi satelit dalam perang dingin di antara Soviet Union dan Amerika Syarikat.

Seterusnya, Sputnik 2 pula dilancarkan pada 3 November 1957 yang turut membawa seekor anjing bernama Laika.

Amerika Syarikat turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan menerokai angkasa lepas dan melancarkan satelitnya, iaitu Explorer 1 pada 1 Februari 1958 sebagai respon kepada pelancaran Sputnik 1.

Titik permulaan penerokaan teknologi angkasa telah berkembang dan seiring dengan itu stesen-stesen bumi turut dibangunkan untuk dijadikan sebagai pusat penerimaan maklumat-maklumat daripada objek-objek di angkasa lepas.

Stesen bumi

Selari dengan perkembangan teknologi satelit dan keperluan misi angkasa, kemajuan juga dapat dilihat kepada teknologi stesen bumi seiring dengan perkembangan semasa.

Pada abad ke-21, satelit telah menjadi teknologi penting dalam kehidupan manusia.

Antara aplikasi-aplikasi penting sesebuah satelit adalah telekomunikasi, pemerhatian ruang angkasa dan bumi, pemantauan data maklumat secara global, pemerhatian dan perisikan tentera, sistem kedudukan global (GPS), sains mikro-graviti dan lain-lain lagi.

Satelit dilancarkan dari bumi oleh kapal angkasa atau menerusi pelancaran roket daripada darat.

Setelah dilancarkan, satelit akan berada kepada ketinggian yang dikehendaki seterusnya dilepaskan ke dalam orbitnya yang tersendiri.

Bagi mengekalkan kesempurnaan operasi, satelit tersebut akan dikawal oleh pusat kawalan yang terletak di Stesen Bumi.

Stesen Bumi memainkan peranan yang penting di dalam sesuatu misi angkasa kerana ia menyediakan platform untuk menyelia dan mengawal misi, menghantar arahan dan menerima status pengoperasian dan telemetri daripada satelit, menerima dan memproses data yang dihasilkan oleh instrumen.

Ia juga digunakan untuk mengetahui kedudukan tepat sesebuah satelit di angkasa.

Stesen bumi boleh berkomunikasi dengan satelit-satelit yang berada di angkasa lepas melalui proses penghantaran dan penerimaan gelombang radio pada jalur frekuensi yang sangat tinggi (di antara 1 – 30 GHz).

Apabila stesen bumi berjaya menghantar gelombang radio kepada satelit (atau sebaliknya), ia mewujudkan hubungan telekomunikasi di antara keduanya.

Sesebuah satelit mampu berkomunikasi dengan beberapa stesen bumi jika ia berada di lingkungan titik penerimaan stesen-stesen bumi tersebut.

Sistem stesen bumi

Stesen bumi mengandungi semua kemudahan dan sistem yang diperlukan di bumi untuk mengawal dan mengendalikan satelit.

Ia terdiri daripada Stesen Kawalan Misi dan Stesen Penerimaan dan Pemprosesan Imej.

Tujuan utama Stesen Kawalan Misi adalah untuk merancang, memantau dan mengawal perlaksanaan keseluruhan misi angkasa. Ia juga beroperasi untuk menyedia dan menghantar arahan kepada satelit selain memantau keadaannya menerusi proses penerimaan dan memaparkan telemetri yang diterima.

Stesen ini juga menjadi pusat penyimpanan dan pemprosesan semula data-data orbit yang telah dikumpulkan oleh satelit.

Stesen Penerimaan dan Pemprosesan Imej pula menerima dan memproses data yang dimuat turun daripada satelit.

Stesen ini akan menghasilkan imej mengikut piawaian tertentu yang kemudiannya akan dikatalogkan untuk memudahkan pengguna mengakses imej yang telah diproses.

Secara amnya ia menjadi pengantara yang komprehensif untuk menyediakan akses yang lebih mudah kepada data imej satelit.

Stesen bumi mempunyai antena dan sub-sistem frekuensi radio (RF) yang terdiri daripada antena, pemancar S-band (atau mengikut jalur frekuensi misi), penerima S-band (atau mengikut jalur frekuensi misi), penerima X-band (untuk penerimaan data imej) dan sistem pengesanan.

Misi RazakSAT

Satelit RazakSAT telah berjaya dilancarkan pada 14 Julai 2009 dari Kwajalein, Pulau Omelek, di Kepulauan Marshall, Guam, Amerika Syarikat.

Jurutera-jurutera Malaysia telah berjaya menghubungkan komunikasi dengan satelit RazakSAT pada orbitnya apabila melintasi Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa.

Uniknya RazakSAT merupakan satelit remote sensing pertama di dunia mengelilingi garisan Hampir Khatulistiwa (NeqO).

Misi komunikasi tersebut berjaya dilaksanakan menerusi Stesen Bumi Pusat Angkasa Negara yang terletak di Sg. Lang, Banting. Imej pertama yang berjaya diambil oleh RazakSAT diperolehi tujuh hari selepas pelancarannya.

Pelbagai proses pengoperasian satelit RazakSAT telah dijalankan oleh jurutera-jurutera Malaysia menerusi pemantauan selama 24 jam untuk tempoh tiga bulan berturut-turut.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pemantauan sistem satelit RazakSAT dan juga aktiviti housekeeping untuk memastikan satelit RazakSAT berfungsi dalam keadaan normal.

Operasi kemudiannya diteruskan daripada Pusat Kawalan Misi yang terletak di premis Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd.

Melalui misi ini, Malaysia telah melahirkan jurutera-jurutera yang pakar dalam pengawalan stesen bumi dan pengoperasian satelit.

Teknologi pembinaan satelit yang semakin maju dilihat dapat menggalakkan pembinaan satelit yang berterusan di Malaysia seterusnya menggalakkan pembangunan sistem stesen bumi bagi menampung keperluan komunikasi dan kawalan satelit.

Posted in Laras Sains | Leave a Comment »

Tip menjelang ujian akhir tahun T6R SMK St Joseph

Posted by Cikgu Awang on October 15, 2011

PENGAJIAN AM
(900)

Tips/Panduan
akhir untuk peperiksaan :

 

BAHAGIAN A/ BAHAGIAN B


Untuk Bahagian A/B, pelajar perlu berhati-hati
dengan kehendak soalan. Jangan terburu-buru menjawab. Langkah berikut perlu
diikuti :

  1. Pilih soalan yang betul-betul pelajar yakin
    dapat jawab dengan baik (senang mendapat idea dan membuat huraian)
  2. Baca soalan dengan sepenuhnya (lengkap), dalami
    dan kenalpasti perkataan yang dapat membantu pelajar. Ingat konsep PUKAL
    (PUNCA, KESAN DAN LANGKAH) . Ini yang biasanya pelajar akan diuji.
  3. Ambil masa 2-3 minit untuk merangkap poin-poin
    sebelum menulis karangan. Setelah yakin dengan rangka (poin) mulalah menulis
    dengan memberi tumpuan sepenuhnya.


Karangan pelajar mestilah :

  1. 6 perenggan : 1 perenggan Pengenalan, 4
    perenggan idea/huraian dan 1 perenggan kesimpulan.
  2. Setiap perenggan 60-70 patah perkataan.
  3. Tumpukan bahagian idea/huraian , gunakan konsep
    ICU (Idea @ lanjutan idea, Contoh dan Ulasan ) berpandu kehendak soalan.


PASTIKAN LARAS BETUL. SASTERA UNTUK SASTERA DAN
SAINS UNTUK SAINS

Dalam laras sains, idea seperti  KEMPEN, SEMINAR, CERAMAH, HUKUMAN
DENDA/PENJARA, IKLAN, PENDIDIKAN sama sekali tidak boleh digunapakai.

 

BAHAGIAN C


Anggaplah bahagian ini bonus untuk pelajar.
Bukan cikgu maksudkan mudah sehingga pelajar tidak kisah. Kerana itulah pelajar
tidak harus mensia-siakan Bahagian C.


Pelajar perlu :

  1. Untuk soalan (i), pastikan dalam satu ayat
    sahaja. JANGAN disalin daripada petikan. Boleh ubahsuai ayat/perkataan.
  2. Untuk soalan (ii), berikan 2 isi sahaja. Fokus
    kepada huraian. Setiap isi perlu dihurai dengan ringkas dan padat.


Ingat. Pastikan laras yang betul dan jumlah
perkataan jangan melebihi 55 patah perkataan. Jangan juga terlalu kurang,
pelajar akan kerugian markah.

 

BAHAGIAN D

Tips : KATA
KUNCI

  1. Graf Garis – menunjukkan PERUBAHAN, ALIRAN ,
    PERGERAKAN, TURUN NAIK, PASANG SURUT atau apa-apa yang menunjukkan keadaan turn
    naik/pergerakan.


Perkataan JUMLAH untuk garis komponen, tanpa
JUMLAH garis kompaun.


Komponen perlukan ruang nilai tambah dalam
jadual.

 

  1. Graf Bar – selain daripada kata-kunci di atas,
    termasuk dalam graf bar.


Perkataan JUMLAH untuk bar komponen, tanpa
JUMLAH bar kompaun.


Komponen perlukan ruang nilai tambah dalam
jadual.

  1. Graf bar gabungan (gabungan graf bar dan garis)


Ada dua kehendak soalan dan dihubungkan dengan
Kata Hubung seperti DAN, SERTA.


Dalam petikan terdapat 2 pemboleh ubah berbeza @
unit berbeza.


Perlukan 2 jadual @ 1 jadual yang digabungkan.

 

BAHAGIAN E

  1. JADUAL/ CARTA/GRAF


Untuk jadual ada 3 soalan boleh dikemukakan :

  1. Pola perubahan……. Menunjukkan  perubahan, aliran, pergerakan,

Idea-Pelajar menerangkan pola keseluruhan,
peningkatan, penurunan dan tidak stabil.

Huraian- huraikan perubahan data (daripada jadual)
dan perubahan nilai dan peratus (pelajar perlu kira)

Huraian sebab – Nyatakan perubahan bagi setiap pola
perubahan tersebut.

  1. CARTA ALIRAN


Untuk carta aliran, lihat pergerakan anak panah
(di mana bermula dan berakhir)


Nyatakan 4 isi sahaja berserta huraian
berpandukan maklumat yang diberikan kecuali carta proses/peringkat perlu
dihuraikan semua proses/peringkat.

 

Di harap
tips ringkas ini akan dapat membantu pelajar menghadapi ujian yang akan datang.
Ingatlah usaha yang berterusan akan mendatangkan kejayaan bukannya usaha yang
sedikit tetapi mengharapkan kejayaan luar biasa.

 

Posted in education, isu semasa, Laras Sains, Laras Sastera | Leave a Comment »

RACUN KUPAS KULIT

Posted by Cikgu Awang on September 3, 2010

Racun kupas kulit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/09/03


RAMPAS...pegawai farmasi KKM merampas losen terbabit.
RAMPAS…pegawai farmasi KKM merampas losen terbabit.
Berita lanjut, klik di sini

Posted in Laras Sains | Leave a Comment »