Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Archive for the ‘education’ Category

Sidang Pleno Khas Pengajian Am

Posted by Cikgu Awang on September 16, 2012

ACARA : SIDANG PLENO KHAS PENGAJIAN AM

TARIKH : 22-23 SEPTEMBER 2012 (SABTU DAN AHAD)

SABTU KHAS UNTUK PELAJAR 6 RENDAH

AHAD KHAS UNTUK PELAJAR 6 ATAS

TEMPAT : AUDITORIUM TAN SRI WILLIAM TAN

SMK ST JOSEPH KUCHING.
KEHADIRAN :

1. PELAJAR TINGAKATAN 6 SMK ST JOSEPH

2.PELAJAR DAN GURU SEKOLAH DI BAHAGIAN KUCHING, SAMARAHAN, SERIAN YANG DIJEMPUT SAHAJA.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA.

PENCERAMAH JEMPUTAN DARI SEMENANJUNG.

Advertisements

Posted in education | Leave a Comment »

PENTAKSIRAN BAHARU STPM SESI 2012/2013

Posted by Cikgu Awang on February 14, 2012

Pentaksiran baharu STPM akan mula dilaksanakan pada tahun ini iaitu untuk pelajar yang akan mendaftar Tingkatan 6 Rendah( 2012). Pelajar Tingkatan 6 Atas pada tahun ini (2012) tidak tertakluk kepada perubahan penraksiran baharu ini.

Secara ringkasnya, sesi pembelajaran selama satu setengah tahun akan dibahagi kepada 3 penggal seperti di kolej/universiti tetapi mengikut takwin persekolahan biasa. Setiap penggal pelajar akan ditaksir selain pentaksiran berasaskan sekolah akan diperkenalkan mulai 2012.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pentaksiran STPM baharu ini , berkenaan Sukatan Pelajaran baru, Surat Pekeliling dan Peraturan dan Skema Peperiksaan sila rujuk ke emel berikut :

http://www.mpm.edu.my/

Bagi guru-guru yang mengajar Tingkatan 6, kita akan memperolehi banyak maklumat dalam tempoh terdekat ini.

Posted in education | 1 Comment »

Tip menjelang ujian akhir tahun T6R SMK St Joseph

Posted by Cikgu Awang on October 15, 2011

PENGAJIAN AM
(900)

Tips/Panduan
akhir untuk peperiksaan :

 

BAHAGIAN A/ BAHAGIAN B


Untuk Bahagian A/B, pelajar perlu berhati-hati
dengan kehendak soalan. Jangan terburu-buru menjawab. Langkah berikut perlu
diikuti :

  1. Pilih soalan yang betul-betul pelajar yakin
    dapat jawab dengan baik (senang mendapat idea dan membuat huraian)
  2. Baca soalan dengan sepenuhnya (lengkap), dalami
    dan kenalpasti perkataan yang dapat membantu pelajar. Ingat konsep PUKAL
    (PUNCA, KESAN DAN LANGKAH) . Ini yang biasanya pelajar akan diuji.
  3. Ambil masa 2-3 minit untuk merangkap poin-poin
    sebelum menulis karangan. Setelah yakin dengan rangka (poin) mulalah menulis
    dengan memberi tumpuan sepenuhnya.


Karangan pelajar mestilah :

  1. 6 perenggan : 1 perenggan Pengenalan, 4
    perenggan idea/huraian dan 1 perenggan kesimpulan.
  2. Setiap perenggan 60-70 patah perkataan.
  3. Tumpukan bahagian idea/huraian , gunakan konsep
    ICU (Idea @ lanjutan idea, Contoh dan Ulasan ) berpandu kehendak soalan.


PASTIKAN LARAS BETUL. SASTERA UNTUK SASTERA DAN
SAINS UNTUK SAINS

Dalam laras sains, idea seperti  KEMPEN, SEMINAR, CERAMAH, HUKUMAN
DENDA/PENJARA, IKLAN, PENDIDIKAN sama sekali tidak boleh digunapakai.

 

BAHAGIAN C


Anggaplah bahagian ini bonus untuk pelajar.
Bukan cikgu maksudkan mudah sehingga pelajar tidak kisah. Kerana itulah pelajar
tidak harus mensia-siakan Bahagian C.


Pelajar perlu :

  1. Untuk soalan (i), pastikan dalam satu ayat
    sahaja. JANGAN disalin daripada petikan. Boleh ubahsuai ayat/perkataan.
  2. Untuk soalan (ii), berikan 2 isi sahaja. Fokus
    kepada huraian. Setiap isi perlu dihurai dengan ringkas dan padat.


Ingat. Pastikan laras yang betul dan jumlah
perkataan jangan melebihi 55 patah perkataan. Jangan juga terlalu kurang,
pelajar akan kerugian markah.

 

BAHAGIAN D

Tips : KATA
KUNCI

  1. Graf Garis – menunjukkan PERUBAHAN, ALIRAN ,
    PERGERAKAN, TURUN NAIK, PASANG SURUT atau apa-apa yang menunjukkan keadaan turn
    naik/pergerakan.


Perkataan JUMLAH untuk garis komponen, tanpa
JUMLAH garis kompaun.


Komponen perlukan ruang nilai tambah dalam
jadual.

 

  1. Graf Bar – selain daripada kata-kunci di atas,
    termasuk dalam graf bar.


Perkataan JUMLAH untuk bar komponen, tanpa
JUMLAH bar kompaun.


Komponen perlukan ruang nilai tambah dalam
jadual.

  1. Graf bar gabungan (gabungan graf bar dan garis)


Ada dua kehendak soalan dan dihubungkan dengan
Kata Hubung seperti DAN, SERTA.


Dalam petikan terdapat 2 pemboleh ubah berbeza @
unit berbeza.


Perlukan 2 jadual @ 1 jadual yang digabungkan.

 

BAHAGIAN E

  1. JADUAL/ CARTA/GRAF


Untuk jadual ada 3 soalan boleh dikemukakan :

  1. Pola perubahan……. Menunjukkan  perubahan, aliran, pergerakan,

Idea-Pelajar menerangkan pola keseluruhan,
peningkatan, penurunan dan tidak stabil.

Huraian- huraikan perubahan data (daripada jadual)
dan perubahan nilai dan peratus (pelajar perlu kira)

Huraian sebab – Nyatakan perubahan bagi setiap pola
perubahan tersebut.

  1. CARTA ALIRAN


Untuk carta aliran, lihat pergerakan anak panah
(di mana bermula dan berakhir)


Nyatakan 4 isi sahaja berserta huraian
berpandukan maklumat yang diberikan kecuali carta proses/peringkat perlu
dihuraikan semua proses/peringkat.

 

Di harap
tips ringkas ini akan dapat membantu pelajar menghadapi ujian yang akan datang.
Ingatlah usaha yang berterusan akan mendatangkan kejayaan bukannya usaha yang
sedikit tetapi mengharapkan kejayaan luar biasa.

 

Posted in education, isu semasa, Laras Sains, Laras Sastera | Leave a Comment »

Pelajar ketagih FB

Posted by Cikgu Awang on October 10, 2011

Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

 

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

 
Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia

Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.
“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit

Soalan :

Bincangkan kesan laman web sosial (FB, Myspace, Twitter dll) kepada remaja dan langkah-langkah menanganinya?

Posted in education, isu semasa, Laras Sastera | Tagged: , , | Leave a Comment »

Kolokium Pengajia Am Sekolah-sekolah Menengah Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman Kedua

Posted by Cikgu Awang on September 20, 2011

TERKINI

Acara : Kolokium Pengajian Am Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman Kedua

Tarikh : 06 Oktober 2011 (Khamis)

Masa : 0200 – 0500 petang

Tempat : Dewan Kuliah La Salle, SMK St Joseph Kuching

Di harap guru-guru bahagian berkenaan telah menerima surat jemputan. Untuk makluman, emailkan soalan percubaan sekolah/negeri anda kepada Pn Hjh Nora atau En. Awang Shukri.

Kepada para pelajar, nantikan koleksi soalan percubaan/ ramalan STPM 2011.

Posted in education | Tagged: , , | Leave a Comment »

STPM 2010

Posted by Cikgu Awang on November 20, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Calon STPM 2010 1Malaysia, terutama anak didik cikgu di SMK St Joseph Kuching, anak didik pelayar blog ini, semoga anda sekalian mendapat kejayaan yang diimpikan.

Posted in education | Leave a Comment »

Koleksi Soalan Percubaan 2010

Posted by Cikgu Awang on October 24, 2010

Terima kasih kepada guru-guru daripada Bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman yang hadir kolokium PA pada Sabtu lepas. Atas inisiatif menggunakan ”Etukar untuk bertukar soalan sekolah masing-masing memudahkan lagi tugasan dokumentasi di samping mengurangkan penggunaan kertas.

Oleh itu, soalan-soalan percubaan sekolah-sekolah dari bahagian Kuching, Samarahan,  Serian dan Sri Aman boleh di kongsi bersama untuk manfaat semua.

(Koleksi soalan sekolah dan negeri 2010) 

Terima kasih kepada guru-guru PA sekolah berkenaan:

1. SMK AGAMA SRI AMAN SARATOK

2. SMK BATU LINTANG

3. SMK GREEN ROAD

4. SMK MUARA TUANG

5. SMK SG TAPANG

6. SMK SRI AMAN

7. SMK BANDAR KUCHING NO 1

8. SMK BANDAR KUCHING NO 2

9. SMK BAU

10. SMK LUNDU

11. SMK PAKU

12. SMK SHAOW MATANG

13. SMK DP KEDIT BETONG

14. SMK MATANG JAYA

15. SMK SERIAN’

16. SMK SIMANGGANG

Di muat turun dalam keadaan asal.’

Di harap usaha ini akan diteruskan untuik masa-masa yang akan datang.

Posted in education | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Kolokium Pengajian Am

Posted by Cikgu Awang on October 16, 2010

Catatan diari :

Kolokium Pengajian Am

Tarikh : 24 23 Oktober 2010 (Sabtu)

Masa : 8.00 -1200 tengahari

Tempat : Bilik Kuliah SMK St Joseph Kuching

Guru-guru Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian diharap telah mendapat surat jemputan masing-masing. Jika belum sila hubungi terus Puan Nora Sahmat atau Encik Awang Shukri.



Posted in education | Tagged: , , | Leave a Comment »

SKEMA JAWAPAN

Posted by Cikgu Awang on October 8, 2010

Skema jawapan Soalan Percubaan Pengajian Am SMK ST Joseph Kuching 2010, klik di sini

Posted in education | Tagged: | Leave a Comment »

Jadual Waktu STPM 2010

Posted by Cikgu Awang on October 1, 2010

Jadual Waktu STPM 2010, klik sini

Ringkasan bagi Pengajian Am :

Tarikh                             Waktu                                       Kertas

23 Nov 2010                8.00-11.00 pagi                   Pengajian Am 2 (3 jam)

6 Disember 2010        2.00-4.00 petang               Pengajian Am 1

Nota : Kekeliruan tarikh untuk Pengajian Am 1 pada 6 Disember bukannya pada 6 November. Ini mungkin masalah teknikal/cetakan.

Posted in education | Leave a Comment »