Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Kematangan menulis esei

Posted by Cikgu Awang on August 10, 2010

Melalui pengalaman, cikgu dapati majoriti pelajar tidak matang dalam menulis karangan. Di peringkat ini (tingkatan 6) pelajar sepatutnya lebih matang dan memberikan idea dan membentangkan hujah. Tidak dinafikan ada pelajar yang eseinya bagus tetapi ramai yang berada pada aras sederhana dan lemah. Dari pemerhatian dan pertanyaan cikgu dapati :

1. Pelajar kurang membaca contoh-contoh karangan yang baik.

Ini penting kerana dengan membaca karangan yang baik pelajar secara langsung dapat melahirkan idea yang baik dan bernas.

2.Tidak merancang semasa menjawab soalan.

Pelajar tidak menyediakan rangka (ringkas) sebagai panduan menjawab soalan esei.  Rangka penting dalam membantu pelajar menghasilkan mutu esei yang baik. Esei berpandu  mengelak pelajar melakukan kesilapan seperti idea dan huraian berulang juga huraian tidak relevan.

Oleh itu cikgu harap pelajar semua secara berterusan membaca contoh-contoh karangan yang baik. Pelajar juga perlu meningkatkan perbendaharaan kata, pengetahuan istilah terutama laras sains supaya esei yang dihasilkan menunjukkan tahap kematangan yang tinggi.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: