Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Guru Pembina Negara Bangsa

Posted by Cikgu Awang on May 15, 2009

Tanggal 16 Mei datang lagi, pastinya tarikh ini dinantikan oleh para guru. Semakin menghampiri tarikh ini, banyak keluhan dan harapan guru-guru yang terpampang di akhbar. Pelbagai isu dan rungutan daripada guru yang bekerja di pendalaman mahupun di kawasan bandar. Masing-masing mempunyai isu yang tiada kesudahannya.

Kini dalam zaman teknologi maklumat (E-Knowledge), guru berdepan dengan cabaran pendidikan yang lebih hebat lagi. Zaman mendepani guru. Pelajar lebih memperolehi maklumat daripada guru. Bahkan aspek pedagogi mengalami evolusi yang hebat yang perlu guru tempuhi. Ini semua demi memperlengkapkan diri guru dengan peredaran masa.

Tidak kira apa pun isu atau rungutan guru, tugas mendidik menjadi perniagaan utama. Gurulah agen yang akan membentuk generasi akan datang. Gurulah yang membentuk keperibadian dan sahsiah pelajar menjadi ‘seseorang’ yang dihormati seterusnya menjadi tunjang dalam membina negara bangsa ‘SATU MALAYSIA’.

SELAMAT HARI GURU.

Sasterawan Negara

Dato’ Usman Awang

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Sarawak
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

4 Responses to “Guru Pembina Negara Bangsa”

  1. Cikgu Joy said

    Berburu ke padang datar
    dapat rusa berbelang kaki
    semakin ramai pelajar kurang ajar
    sebab itu kemenjadian murid tidak menjadi..

  2. akmal said

    salam..,
    sy nak tanya kalau tahun nie baru masuk tingkatan 6..,
    tahun depan dah kena exam ke…?
    antara matrix dgn f6, mana lebih klebihan..?

    • Cikgu Awang said

      adik… tahniah kerana berjaya masuk ke T6. Di T6 adik akan terkejut dengan sistem pembelajaran. Oleh itu adik harus bersedia. Jangan salah faham, cikgu bukan nak menakutkan adik. cikgu nak menyedarkan para pelajar t6 rendah, 6 rendah bukanlah masa berbulan madu. Jika adik bersedia sepenuhnya adik tidak mengahadapi kesukaran. Antara matriks dan F6 masing-masing ada kelebihan. Bagi cikgu adik kena buat pilihan, jika dapat tawaran matrik dan sesuai dengan impian adik rebutlah. Jika tidak dapat tawaran matrik , masuklah ke t6 dan jangan persiakan. Cikgu yakin adik akan berjaya jika berusaha gigih.

  3. ask said

    slm…cg.
    boleh minta tolong sediakan contoh esei guru pembina negara bangsa dalam masa terdekat ni?
    terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: