Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

KEMPEN : SATU MALAYSIA SATU SUARA

Posted by Cikgu Awang on February 4, 2009

Kementerian lancar kempen Satu Malaysia Satu Suara

KEMENTERIAN Pelajaran melancarkan kempen Satu Malaysia Satu Suara sebagai saluran bagi warga pendidikan terutama pelajar di seluruh negara menunjukkan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin akibat pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata lima kegiatan dilaksanakan sebagai pengisian sepanjang kempen yang bermula dari 20 Januari hingga 20 Februari ini.

Katanya, aktiviti itu ialah pertandingan mewarna dan melukis poster, menulis esei, puisi dan deklamasi sajak, menulis surat kepada pemimpin dunia, menganjurkan seminar, forum, ceramah dan dialog serta pengisian Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Kementerian Pelajaran.
Katanya, kempen yang dilaksana serentak di peringkat sekolah itu bukan saja menggalakkan pelajar meluahkan rasa simpati dan memberi kata-kata motivasi kepada mangsa kekejaman Israel di Palestin malah mengingatkan mereka supaya bersyukur dengan keamanan dinikmati negara.

“Pelajar digalak melukis poster bertema anti keganasan dan anti peperangan bagi melahirkan rasa simpati serta meluahkan suara hati mereka mengenai kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku di Semenanjung Gaza menerusi esei serta sajak.

“Mereka juga diminta menulis surat kepada pemimpin dunia supaya menghentikan keganasan demi masa depan kanak-kanak dan karya berkenaan akan diserahkan kepada Wisma Putra sebelum dihantar kepada pihak terbabit.
“Saya bagi pihak kementerian memohon supaya kita bersama-sama dengan pelajar menerusi kempen ini menyuarakan suara hati mengenai keamanan dan keharmonian dunia serta menghulur bantuan kepada rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan media, baru-baru ini.

Sementara itu, Alimuddin berkata, hasil kutipan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Kementerian Pelajaran peringkat Kementerian, Institut Pendidikan Guru dan Matrikulasi perlu diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

“Kutipan derma peringkat sekolah pula dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah sebelum dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri yang akan menyerahkannya kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,” katanya.

One Response to “KEMPEN : SATU MALAYSIA SATU SUARA”

  1. nini said

    baguslahh kempen…..saya berterima kasih kepada kerajaan malaysia…saya bangga jadi anak malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: