Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

RAMALAN ESEI PA2 2008

Posted by Cikgu Awang on November 6, 2008

Dipetik dari http://forum.engkabang.net/index.php/topic,14904.0.html

Pahang
Bahagian A
1. penggunaan kad kredit
2.OKU
Bahagian B
1.Hutan
2.Kepentingan penggunaan semula sisa pepejal

Negeri Sembilan
Bahagian A.
1. pertambahan bilangan pelajar perempuan yang cemerlang dalam akademik memang tidak dapat dinafikan lagi. Sekiranya keadaan ini berterusan akan membawa beberapa kesan kepada negara. Bincangkan.
2. Dalam usaha untuk mencapai wawasan ke arah negara maju menjelang tahun 2020, pembangunan fizikal perlu diberi perhatian, namun begitu pembangunan modal insan juga merupakan prasyarat penting ke arah itu. Bincangkan.
Bahagian B
3. Peningkatan hasil  pengeluaran dlm sektor pertainan tidak hanya bergantung kpd keadaan iklim semata-mata. Bincangkan.
4. Penyakit kanser merupakan penyakit yang serius dan dikatagorikan sebagai pembunuh utama penduduk dunia ini. Penyakit ini sukar diubati dan amat ditakuti oleh manusia.
Jelaskan perkaitan antara perkembangan penyakit ini dengan kemajuan negara.

Perak
Bahagian A
1. Industri maya berupaya mencetus revolusi baharu dalam dunia perniagaan elektronik menerusi pelbagai kelebihan yang ditawarkan. Namun, tidak ramai pengguna internet di Malaysia menggunakan alam maya untuk berurusniaga. Bincangkan
2. Kurangnya minat membaca menjadi masalah utama memperkembangkan minda modal insan yang berkualiti di negara ini. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan.
Bahagian B
3. Perkembangan dan aplikasi teknologi robotik telah mencapai kemajuan yang membanggakan di Malaysia. Bincangkan kepentingan teknologi ini terhadap pembangunan negara.
4. Kepelbagaian biologi memainkan peranan penting untuk kesejahteraan hidupan sejagat. Justeru, pelbagain langkah efektif perlu dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan hidup di muka bumi. Bincangkan.
Penang
Bahagian A:
1.Rakyat Malaysia digalakkan  menguasai lebih daripada satu bahasa,bahkan di sekolah pelajar diwajibkan mempelajari sekurang-kurangnya bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.Bincangkan faedah mempelajari bahasa kedua dan masalah dalam mencapai hasrat tersebut.

2.Industri perfileman tanah air menghadapi pelbagai kekangan yg masih belum mengarah kpd penyelesaian.Oleh yg demikian,,langkah-langkah yg sewajarnya perlu diambil bagi menangani kekangan tersebut.Bincangkan.

CUBA BERBINCANG BERSAMA RAKAN/GURU UNTUK SETIAP SOALAN.

5 Responses to “RAMALAN ESEI PA2 2008”

  1. zul said

    nampaknya ramalan soalan tahun ni tiada yg sangkut….huh…. kira susah jugaklah esei Bhgn.A dan B. kali ni…..bhgn A pasal internet dan pelancongan… manakala bhgn B berkenaan tanah bencah dan pencemaran udara.. bhgn a aku jwb aplikasi internet krjn ,bhgn B lak aku jwb bhg pencemara udara..laras sains tu senang skit..tanah bencah pun aku tak tau apa..baru lak aku dengar..kurang membaca hehe…laras sastera tu bg aku susah skit sebab memerlukan byk fakta dari bhn bacaan..klu sains kan fakta kita mmg sedia maklum..isu yg sama dari dulu sampai skrg… bhgn c lak bagi aku alhamdulillah sangat senang… bhgn d kompom tak jwb…dan yg paling senang ialah bhgn E…part aku frust skit sebab masa dah tak cukup…bg aku soalan ni mcm soalan bonus…tapi aku tak sempat habiskan….

    soalan saya, klu tak isi no.kad pengenalan dan nama kertas kat kertas jwpn akan mempengaruhi keputusan tak…tapi aku tulislah nama kat kertas kuning tu…maklumlah….soalan 1 tu byk curi masa aku…

    soalan kedua..soalan bhgn c tu tu klu tak tulis patah kata kena tolak markah ke atau tak disemak….

    tahun ni saya ambil private exam. pastu tak der buat revision lagi.. buku pun tah ke mana… nasib baik jumpa portal cikgu ni..adalah sedikit panduan yg saya dpt utk exam tadi….fakta yg saya buat tadi pun berdasarkan ingatan shj dan ikut logik..mungkin markah dari segi fakta kot saya kurang skit…apa-apapun terima ksih cikgu awang….good job…

  2. m.izzat.j said

    assalamualaikum cikgu…
    hmmm saya mmpunyai keraguan ttg kertas stpm PA2 yg telah saya duduki pada hari lepas…
    dikhabarkan bahawa terdapat kesalahan maklumat dalam bahagian graf soalan 8 yg mengenai gas asli cecair…
    so mcm mana dgn pmbahagian markah ya cikgu?
    selain itu…
    saya sgt kecewa sebab tak sempat nak siapkan bhgn E..
    tak cukup masa lah cikgu..
    adakah peluang untuk mendapat kputusan yg cermerlang masih cerah untuk saya cikgu?

  3. pelajar rahsia said

    assalam….cikgu saya pelajar stpm thn ini ada masalah dalam p.a2 iaitu mengenai essei tajuk ia adalah kepentingan tanah bencah

  4. shasha said

    salam sejahtera cikgu. sy bkl mnduduki STPM pada tahun ini(2009). boleh x sekiranya cikgu memberikan tips2 yg berguna dan juga soalan2 ramalan utk kertas p.Am ini. setakat ini sy blm pernah mndapat result yg memuaskan. terima kasih di atas tunjuk ajar cikgu.

  5. theresa said

    Kepelbagaian biologi memainkan peranan penting untuk kesejahteraan hidupan sejagat. Justeru, pelbagain langkah efektif perlu dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan hidup di muka bumi. Bincangkan

    cikgu boleh bagi skema jawapan tak??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: