Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Tips/Panduan/Strategi Belajar

TIPS MENJAWAB PENGAJIAN AM STPM

BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.

PEMARKAHAN (Peringkat sekolah)

IDEA UTAMA : 4 M

HURAIAN : 12 M

BAHASA : 4.5 M

IMPAK : 4.5 M

JUMLAH 25 M

Berikut adalah tips atau panduan untuk menjawab soalan Bahagian A dan Bahagian B.

1. LARAS. Jawab satu soalan esei sahaja bagi setiap laras iaitu satu jawapan bagi Soalan Bahagian A (Esei laras sastera) dan satu jawapan bagi soalan bahagian B (esei laras sains).PASTIKAN ANDA MENJAWAB DENGAN LARAS YANG DIKEHENDAKI.

2. RANGKA. Pastikan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin boleh menjawab dengan baik. Luangkan masa 3-4 minit untuk menyediakan rangka atau idea-idea utama sebelum memulakan esei. RANGKA INI SEBAGAI PANDUAN SUPAYA TIDAK BERLAKU PENGULANGAN IDEA DAN MEMUDAHKAN PERANCANGAN PENULISAN ANDA.

3. PATAH PERKATAAN. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri anda semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan) darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah perkataan.

4. PERENGGAN. Ada 6 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan (30-40 patah perkataan sahaja). Perenggan kedua hingga perenggan kelima untuk idea dan huraian. Perenggan keenam untuk kesimpulan/penutup. (IDEA DAN HURAIAN ESEI DITERANGKAN KEMUDIAN)

5. AYAT. Tulis sekurang-kurangnya lima ayat yang sempurna dan setiap perenggan esei anda.Di mana ayat pertama untuk menyatakan idea utama manakala ayat kedua hingga kelima untuk huraian yang padat dan mantap.

6. MASA. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap adalah selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa sepatutnya.

MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN

  1. Calon hendaklah memahami pernyataan diberikan secara ayat demi ayat.
  2. Mengenalpasti kata kunci dan kehendak soalan secara mendalam berkemungkinan ada persoalan yang tersirat/tersembunyi.
  3. Merangka esei anda.

KATA KUNCI SOALAN.

1.BINCANGKAN.

Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut beberapa pendekatan berikut:

  1. PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIF
  2. PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIF
  3. PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIF
  4. PRO DAN LAIN-LAIN
  5. PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH

2. SEJAUH MANAKAH

Calon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan munasabah untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan iaitu :

  1. PRO DAN KONTRA
  2. PRO DAN LAIN-LAIN
  3. PRO SAHAJA

3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH, HURAIKAN, CADANGKAN DLL.

Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki.

4. BERIKAN ULASAN

Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu yang dikemukakan. Calon juga boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan kontra jika sesuai dengan pernyataan soalan.

5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN

Calon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau membuat perbandingan.

UNTUK MAKLUMAN PELAJAR, STPM 2007 KESEMUA SOALAN BAHAGIAN A DAN B ADALAH BINCANGKAN.

BAHAGIAN C (PETIKAN)

Terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.

1. Roman i 2 Markah

Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja. Jawapan hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.

2. Roman ii 8 Markah

Aspek pemarkahan:

Idea(2 idea) – 2 Markah

Huraian – 4 Markah

Bahasa – 2 markah

a. Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 isi/idea.

b. Huraian hendaklah relevan dengan isi/idea yang dinyatakan dan hendaklah padat. BERHATI-HATI DENGAN LARAS SOALAN.

c. Buat dalam satu perenggan sahaja.

d. Jumlah perkataan hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan.

BAHAGIAN D (MENUKAR TEKS LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR)

Aspek Pemarkahan: (15 Markah)

Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markah

Kesuaian Teknik (KT) 4 markah

Ketepatan Isi (KI) 4 markah

Kejelasan (KJ) 3 markah

Pengkelasan Angkubah(PA)

1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga ukuran bulatan Carta Pai, diukur dengan tepat.

2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)

Kesesuaian Teknik (KT)

1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam Bahagian ini.

2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengan tepat dan betul.

3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.

Ketepatan Isi (KI)

Maklumat berikut mestilah lengkap:

1. Label Paksi X dan Paksi Y

2. Unit Paksi

3. Tajuk yang lengkap

4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.

5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan.

6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta

7. Skala / nisbah jejari yang tepat

8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y

Kejelasan (KJ)

Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS

1. Tajuk Utama

2. Label paksi

3. Petunjuk

4. Skala

5. Sumber

BAHAGIAN E (MENGALIH TEKS BUKAN LINEAR KEPADA TEKS LINEAR)

Ada beberapa media yang kerap disoal dalam peperiksaan iaitu:

1. Media Statistik (jadual)

2. Media Statistik (graf / carta pai)

3. Media Carta Aliran

4. Media Gambarajah

76 Responses to “Tips/Panduan/Strategi Belajar”

  1. dingku said

    sye pljr lpsan stpm 2007,,
    tahun ni sye ulang p.a & geo,,
    sye kurng pandai dlm mbuat soalan bhgn D & E,,tolong sya,,doakn sye bjaya kali ni ckgu,,tkseh,,

  2. Cikgu Awang said

    adik Dingku..
    Cikgu akan cuba bantu dalam Pengajian Am terutama bahagian yang adik maksudkan. adik rujuk dalam panduan cikgu. Cikgu doakan adik berjaya.

    • azie said

      mcm mne nak score kts satu

      • Cikgu Awang said

        adik…untuk skor kertas 1 adik kena banyak buat ulangkaji. Dengan skop pembelajaran yang luas adik kena bijak membuat ulangkaji. dengan masa yang semakin suntuk ini adik kena banyakkan menjawab soalan-soalan lepas dan ramalan. Perhatikan corak soalan dan bab yang banyak diajukan soalan. Bab Dasar dalam dan Luar, Sistem Pentadbiran , Perundangan dan Kehakiman merupakan soalan yang paling banyak di soal. Dan jangan lupa 15 soalan terakhir (penyelesaian masalah) beri perhatian. Jika adik cekap mengira banyak membantu adik mendapat gred yang baik.

  3. hellely said

    saya pelajar tingkatan 6 tahun 2008 ni,tapi saya lemah dalam menganalisis..hari da semakin dekat dengan exam,saya harap tuan boleh membantu saya dan yang penting sekali tolong doakn saya.terima kasih.

  4. ana said

    tolong buat perincian bahagian E khususnya jadual. tq

  5. zaza said

    sy pljr stpm thn 2009.sy lmh dlm bhgn d.sy sukar menentukan jenis graf yang diminta.apakah kata kunci utk mengenali jenis graf??tlg sy…

    • Cikgu Awang said

      zaza,
      Untuk bahagian D adik mestilah meneliti soalan.
      kalau menunjukkan aliran/kadar – graf garis manakala banding/bilangan-graf bar.
      Bagi graf garis kompaun atau komponen dibezakan oleh perkataan JUMLAH. Selain daripada perkataan JUMLAH adalah graf garis kompaun. begitulah juga unruk Graf Bar kompaun atau komponen.

      Cth : Aliran perubahan Nilai Eksport Barang Pembuatan bagi Tempoh Tahun 2000 hingga Tahun 2003-Graf garis kompaun

      Cth : Aliran perubahan Jumlah Eksport Barang Pembuatan bagi Tempoh Tahun 2000 hingga Tahun 2003-Graf garis komponen.

      Untuk maklumat lanjut cuba baca dan fahami panduan yang cikgu berikan dan tanyakan guru anda.

  6. Jake said

    cikgu, saya bakal menghadapi stpm pd thn ini namun saya amat risau dengan PA bahagian A & B saya. Saya sentiasa berfikir saya mungkin akan gagal PA kerana saya kurang memahami bahagian tersebut. Selain itu, saya mempunyai masalah utk memulakan karangan khususnya bahagian pengenalan. Soalan saya, bagaimanakah saya blh menghasilkan sebuah pengenalan yg mantap? Apa yg perlu ada dlm sesebuah pengenalan?

    Saya berharap agar cikgu blh membalas soalan saya dgn segera.
    Guru yg mengajar saya pd ketika ini tiada berpengalaman dlm subjek PA kerana beliau sebenarnya bukan guru yg mengajar subjek ini (sekolah saya kekurangan guru PA). Beliau juga sering tidak hadir mengajar kerana ada urusan luar. Ini juga menambahkan kebimbangan saya. Saya benar-benar berharap cikgu blh memberi sedikit nasihat kpd saya.

    • Cikgu Awang said

      adik jake, jangan risau prkataan pertama dari cikgu. Untuk bahagian esei, adik tak perlu risau bahagian pengenalan. Pengenalan cukup 4-5 baris ayat sahaja. Yang penting adalah bahagian isi dan huraian. Ini yang menguji kematangan pelajar. Untuk meningkatkan pengetahuan umum, adik perlu banyak membaca majalah pendidikan atau menonton rancangan pendidikan. nescaya adik mendapat banyak maklumat tambahan. untuk bahagian teknik, adik rujuk panduan yan g cikgu berikan. cikgu yakin adik akan berjaya.

  7. Jake said

    terima kasih cikgu :)

  8. celestine said

    maafkan saya cikgu awang, tapi kalau ikut apa yang cikgu saya kata, pengenalan perlu 2-3 ayat sahaja. tapi cikgu bagitau 4-5 ayat,mana satu yang betul ne cikgu?

    • Cikgu Awang said

      adik celestine…
      kemampuan membina pengenalan berbeza antara pelajar. bagi pelajar yang matang dapat memberikan 4-5 ayat bahkan lebih. tapi bagi pelajar yang lemah membina 2-3 ayat menjadi satu menjadi satu kesulitan. Oleh itu, cikgu cadangkan minima sahaja. Pelajar yang paling lemah pun, selemah-lemahnya menyalin semula sahaja petikan dari soalan.
      Tahniah kerana adik dapat menyediakan pengenalan yang baik.
      Yang perlu di sini adalah, pengenalan WAJIB disediakan oleh pelajar. Tidak kira berapa ayat pun. Fokus utama adalah menerangkan isi dan huraian.
      Sekian.

  9. Jake said

    Cikgu, pagi tadi saya baru sahaja menduduki peperiksaan bulanan saya & kertas yg pertama merupakan PA kertas 2. Semasa menjawab soalan pada Bahagian B, saya menjadi keliru kerana tidak memahami kehendak soalan. Soalan itu berbunyi:

    Amalan pemakanan yang seimbang merupakan suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan. Ramai mendapat penyakit kerana gaya hidup yang tidak sihat & tidak mengamalkan diet seimbang. Bincangkan.

    Saya menjawab dgn menyatakan punca-punca masalah itu berlaku & langkah utk mengatasinya. Adakah saya telah menjawab dgn betul atau salah?

    • Cikgu Awang said

      adik Jake, cikgu cuba membantu…
      Soalan :
      “Amalan pemakanan yang seimbang merupakan suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan. Ramai mendapat penyakit kerana gaya hidup yang tidak sihat & tidak mengamalkan diet seimbang. Bincangkan. . Ramai mendapat penyakit kerana gaya hidup yang tidak sihat dan tidak mengamalkan diet seimbang. Bincangkan“.
      Pada pendapat cikgu… adik dikehendaki membincangkan cara mengekalkan kesihatan dan salah satunya telah diberi iaitu amalan pemakanan. (2 isi). Kenyataan ini didapati dari frasa “Amalan pemakanan yang seimbang merupakan suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan”
      Selain itu nyatakan juga punca ramai mendapat penyakit (2 isi). Cikgu rasa soalan agak mudah kerana isi-isi dinyatakan dalam perenggan ayat.
      Harap dapat membantu adik.

  10. Jake said

    Cikgu, saya telah menulis langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. Adakah markah saya akan dipotong kerana keluar tajuk? :(

  11. farra said

    salam cikgu awang..sy dak stpm taun nie..da msuk bln 4 nie tp pa2 sy still lemah lg..minta tlg cikgu bg nasihat..antara mslh sy iaitu:-
    i-krgn tdk matang,mnurut cikgu sy krgn sy ok ckup isi cuma ayat2 n pktn yg d guna x matang sprti yg dgariskn utk stpm nie..

    ii-soalan c(ii)..pktn ckup isi kurg,isi cukup pktn lebih..

    iii-soalan d n e..x smpt siap n sll nda paam soaln..=(..

    jake,soalan kita sma la..soaln tue kluar excel sya ari tu..
    soaln tue minta 2 isi utk mcmn amln pmakann mybbkn pyakit bbhaya(2 isi)..n mcmn gaya idup mybbkn pyakit bbhaya kn..

  12. Cikgu Awang said

    adik Farra….
    Memang di peringkat STPM, tujuan esei adalah untuk menguji pemahaman dan kematangan pelajar dalam mengolah esei/karangan. Kematangan di nilai dari sudut bagaimana pelajar tersebut memberi pandangan/pendapat yang bernas. oleh itu isi diberikan bernas dan tidak berlaku pengulangan dalam isi yang seterusnya. Tidak matang bermaksud pelajar gagal menghubung kaitkan isi dengan huraian yang tepat. pelajar tidak perlu menulis panjang lebar tetapi tidak tepat. Oleh itu, cadangan guru karangan untuk setiap isi mencukupi 6-7 baris ayat yang lengkap.
    ii. untuk bahagian C, perlu ada 2 isi. setiap isi sekurang-kurangnya 2 baris ayat. atau menggabungkan 2 ayat menjadi satu tetapi ada sekurang-kurangnya 2 huraian yang berkaitan. cara ini akan membantu adik mencukupkan jumlah perkataan.
    iii. Perancangan masa wajib. adik perlu merancang masa dengan cekap. oleh itu ikuti panduan yang cikgu berikan dalam memperuntukkan masa menjawab.
    wasalam.

  13. dalila said

    salam.
    cikgu awang..
    saya nak bertanya.. bahagian D. carta pai… sebenarnya apa formula yg digunakan untuk mencari nisbah jejari??
    saya selalu guna formula ini :
    = nilai tertinggi / nilai terendah ( dan dipuncakuasa dua).. betul ke formula ni?
    kalau ada formula lain. harap cikgu dapat kongsikan ye.

    Terima kasih..

  14. janet said

    karangan sy sering dpt markah yg rendah krn huraian yg lemah.bagaimana boleh tulis huraian yg bagus?boleh beri contoh?

    terima kasih >v<

    • Cikgu Awang said

      adik…. kelemahan ketara pelajar adalah membuat huraian esei. walaupun mempunyai idea tapi tidak berjaya untuk menghurai. Oleh itu cikgu cadangkan teknik ICU. I untuk idea utama diikuti huraian lanjutan untuk menyokong idea utama. Kemudian C untuk contoh yang sesuai. U untuk ulasan/cadangan/ atau huraian yang mengukuhkan lagi idea diberikan. Untuk setiap perenggan paling ideal 6-7 ayat dan hanya membincangkan idea utama sahaja.
      harap dapat membantu.

  15. shida said

    saya pelajar stpm tahun 2009,saya ada masalah dalam menjawab bahagian d dan e…dalam bhg.E saya xtahu bagaimana nak bezakan graf ataupun cartai pai apa…sblm menjawab perlu kenalpasti soalan tp apa caranya utk saya kenal pasti bentuk graf ataupun carta pai yg sesuain dengan soalan…tlg bantu saya dengan teknik yg cg ada…tq

  16. aerowlls said

    saya pelajar stpm tahun 2009, saya menghadapi masalah dalam menjawab soalan laras sains. Adakah isi yang pasti sesuai dengan soalan laras sains kecuali “Penyelidikan dan Pembangunan (RnD)”? tq..

    • Cikgu Awang said

      adik aerowlls…. untuk esei laras sains, isi dikemukakan mesti laras sains. Oelh itu isi seperti pendidikan, seminar, kempen, undang-undang adalah tidak sesuai digunakan. Dan adik juga harus berhati-hati, isi dan huraian juga mempunyai kaitan laras. Oleh itu perbanyakkan merujuk buku untuk lebih memahami.

  17. mia said

    slm sjhtra cgu,sy merancang utk mngambil stpm sbgai calon persendirian.utk pgtahuan cgu sy berhenti bljr pd thun 2005.ini adalah keputusan spm sy,B.MELAYU =3B ,B.INGGERIS =6C ,P.MORAL =6C ,SEJARAH =4B ,MATEMATIK =9G ,SAINS =3B ,GEOGRAFI =4B, EKONOMI ASAS =6C ,P.SAINS SUKAN =5C.Soalan sy,adakah rancangn sy utk mngambil stpm sbg clon psendirian ini tepat kerana sdh 4 tahun sy tidak belajar?dan jika ini adalah pilihan yg tepat utk sy,pda pdpt cgu apakah subjek yg harus sy ambil berdasarkan kpd kptusan spm sy?selain stpm adakah lgi pilihan lain yg bole sy ambil cgu?sy sgt brharap pd pdpt cgu krana sy sgt keliru.sy jga khuatir sekiranya sy mbuat pilihan yg salah.

    • Cikgu Awang said

      adik… tidak alah jika adik ingin memajukan diri. Ini satu niat yang mulia. Tidak ramai belia bersikap seperti adik. Jika adik mempunyai niat sebegitu teruskan. Ini akan menjadi pendorong terhadap diri adik untuk berjaya. Cikgu yakin adik mampu, dan adik cuba untuk membuat rujukan daripada kawan-kawan mahupun sanak saudara. Cikgu yakin adik tidak akan rugi apa-apa pun melainkan memperoleh manfaat ilmu .

  18. humairah said

    cikgu awang..,
    salam cikgu..saya pun calon stpm tahun nie.saya selalu menghadapi masalah dalam bhgian D..adakalanya saya tidak sempat untuk menjawab nyer..adkah selamat jika saya tidak menjawab bahagian ini???

    • Cikgu Awang said

      adik….. jangan berfikir adik tidak semoat untuk menjawab. Tidak menjawab hilang 15 markah. Banyak tu. oleh itu mulai sekarang belajar rancang penggunaan masa dengan berkesan.

  19. superbell sTpM09 said

    cikgu mcm mana nak buat graf,,cikgu bleh bagi tips utk buat graf x

  20. han said

    selamat sejahtera~cikgu~~
    sayalah pelajar ting.6 bawah tahun ini~

    terlebih dahulu~~saya ingin berterima kasih atas bantuan cikgu dlm kongsi sebarang pengetahuan, teknik, panduan dan sebagainya di sini~ ini amat memanfaatkan para pelajar termasuk saya yang baru menjejak ke ting.6~

    sini..ada beberapa soalan yg ingin saya kemukakan~~
    1. apakah size graf yang sebenarnya digunakan dlm stpm?
    2. adakah sering membuat soalan bahagian D dan E menjadi cara mempercepatkan saya dlm menyelesaikan soalan-soalan tersebut?
    3. bolehkah cikgu cadangkan mana satu buku teks PA 2009 yang lebih sesuai kpd saya dan pelajar lain?
    4. bila hingga bila punya isu semasa perlulah saya lebih fokus?
    5. bolahkah cikgu cadangkan turutan dalam menjawab soalan PA kertas 2?

    Haraplah cikgu dpt menjawab soalan saya dan membantu saya dlm perjalanan menghadapi PA STPM 2010~~
    TERIMA KASIH BANYAK BANYAK CIKGU^v^

  21. izan said

    bagaimana hendak mendapat markah maksimum dlm bahagian E? Terutamanya mentafsir jadual ataupun graf…

    • Cikgu Awang said

      adik izzan dan fifa……..
      ramai pelajar mengadu masalah dalam bahagian E terutama tidak mengetahui teknik untuk menjawab bahagian ini. bagi bahagian E terutama jadual, soalan biasanya meminta pelajar menyatakan pola perubahan atau pola bandingan atau keduanya sekali kemudian diminta menyatakan sebab. adik mesti tahu pembahagian markah dulu :
      1. isi 4 X 1 markah = 4 markah
      2. huraian 4 x 2 markah = 8 markah
      3. rumusan 3 markah
      keseluruhan 15 markah.
      dalam satu perenggan perlu ada isi, huraian dan sebab baharulah mendapat markah penuh setiap isi dalam perenggan 3 markah.
      Bahagian huraian, pelajar perlu : Untuk POLA PERUBAHAN
      1. Huraikan nilai nyata, nilai diberikan dalam petikan.
      2. Huraikan nilai perubahan(TERSEMBUNYI) dalam nilai mutlak dan peratus
      3. Nyatakan sebab/ alasan
      ini sebahagian sahaja penerangan cikgu. Bahagian ini terlalu panjang nak diterangkan di sini. sila adik rujuk bahan di laman blog ini atau rujuk terus dengan cikgu adik. Akan datang cikgu akan cuba ulas dengan lebih terperinci.
      wasalam

  22. rusmarina said

    assalamualaikum, tahniah di atas usaha cikgu untuk membimbing pelajar melalui kemajuan ict. saya berbangga dengan usaha cikgu.

    • Cikgu Awang said

      wsalam cikgu rus……
      Saya menyumbang sdikit saja atas dasar minat mendalam untuk menyampaikan ilmu. Cikgu pun banyak membantu semasa saya di sana. Kirin salam ng cikgu norela .

  23. ilham said

    salam..ckgu sy nk tnya, apa kta kunci bgi semua graf bhgn D?…
    bagmn cara untuk menjawab carta alir dalam bahgn E?? mgkin ckgu boleh beri panduan…hope ckgu dpt m’jwb p’tnyaan sy secepat mungkin…terima kasih…

    • Cikgu Awang said

      wsalam…
      sambungan kata kunci bagi Bahagian D…
      1. Carta pai bertingkat – mempunyai satu JUMLAH/NILAI yang SAMA bagi memudahkan pelajar mengira sudut dan ketinggian .
      2. Graf Gabungan – lebih daripada 2 angkubah contoh tahun, bilangan kes(kes) dan kadar kematian(%), atau tahun, nilai eksport(tan metrik) dan nilai perolehan tahunan(RM juta).
      3. Graf memesong – PERUBAHAN, KADAR PERUBAHAN, PERATUS PERUBAHAN yang menunjukkan perubahan meningkat/menurun/positif/negatif.
      Semoga dapat membantu adik.

  24. dhasha said

    selamat sejahtera ,cikgu.saya ialah pelajar tingkatan enam rendah.saya amat memerlukan bantuan cikgu dalam mengenal bahagian d?bagaimanakah cara mengenal graf bar kompaun dan graf bar komponen?kadang kala kata kunci seperti jumlah lebih diaplikasikan dalam kedua -dua graf.saya berharap cikgu dapat membalas dengan segera .sekian terima kasih .

    • Cikgu Awang said

      wsalm dhasha….
      cikgu harap semua guru berhati-hati semasa memilih bahan latihan. Jika diamati ternd soalan stpm kebelakangan ini soalan bahagian D adalah jelas. Oleh itu perkataan JUMLAH semestinya merujuk kepada bar/garis KOMPONEN.
      wsalam

  25. ilham said

    terima kasih cikgu di ats panduan yg diberikan..

  26. joony said

    cikgu saya nak tanya soalan berhubung dgn bahagian c II iaitu pemahaman yg berkaitan laras sains. adakah 2 idea yang dikemukakan dalam soalan ini juga perlukan istilah sains ?
    soalan esei laras sains juga menjadi masalah bagi saya untuk menjawabnya, sebab saya tidak tahu bezakan perkataan atau istalah manakah yang berkait sains.. harap bantuan dan nasihat cikgu,TQ..

    • Cikgu Awang said

      adik joony….
      Untuk bahagian C (ii) laras sains, pelajar memang WAJIB menggunakan istilah sains contonya TEKNOLOGI, UJIAN KLINIKAL, PEMBANGUNAN DAN PENYELIDIKAN, PENCEMARAN, BIODIVERSITI manakala istilah satera spt PENDIDIKAN, KEMPEN, CERAMAH, PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG, DENDA, HUKUMAN SEBAT jangan sekali digunakan dalam laras sains.

  27. zatie said

    salam…
    saya nak tanya untuk pengajian am paper 2 bahagian mana yang boleh membantu seseorang pelajar untuk lulus jika seseorang pelajar itu lemah dan sering gagal paper ini.

    terima kasih :-)

    • Cikgu Awang said

      wsalam…… cikgu sentiasa memberikan motivasi kepada pelajar untuk berjaya. walaupun sentiasa gagal jangan berputus asa untuk mendidik anak-anak. apa yang boleh dilakukan dalam kelas, cikgu tentu arif anak-anak didik cikgu berdasarkan aras pelajar. Untuk pelajar yang lemah lebih baik guna pendekatan aras 1, banyakkan buat tunjuk cara, perlahankan rentak cikgu mengajar. Yang penting mencapai objektif P&P. Banyak lagi cara/teknik untuk membantu pelajar.

  28. anaez said

    + cgu??sy plajar 6bawah..nk tnya….sya bLom pasti Lg mcm mne format pengajian am bahagian D.
    + sya msh xtau mcm mne nk buat graf..
    + dan sya jg xtau mcm mne nk mtafsir jaduaL tsbt…bOLh tLong x??

  29. joony said

    salam sejahtera cikgu..saya ada satu soalan nak tunjuk ajak daripada cikgu…

    soalannya: sediakan graf sesuai menunjukkan perubahan bilangan perjanjian permindahan teknologi yang dibuat oleh pelabur asiang di Maraputra antara tahun-tahun yang dinyatakan.

    data yang didapati:
    2001 2002 2003 2004 2005
    jenis teknologi
    industri elektronik 16 19 15 21 25
    industri kenderaan rmotor 11 11 33 17 20
    industri kimia 21 5 15 17 17

    cikgu apakah graf yang sesuai untuk persembahkan data tersebut dan macam manakah mempersembahkannnya.. ?
    terima kasih cikgu..

    • sweet said

      graf garis kompaun kot…joony hehe

    • Cikgu Awang said

      adik…… berdasarkan kata kunci yang cikgu dapati daripada soalan “perubahan bilangan perjanjian permindahan teknologi”. dan jadual kurang jelas. Cikgu agak:
      1. Graf garis (berdasarkan petikan “perubahan bilangan perjanjian”
      2. Graf bar memesong jika terdapat perubahan +/-.
      di harap dapat membantu.

  30. Kent The GIR said

    Cikgu,saya ade masalah la pada bahagian kira2 kertas 1..sering la aku terlingkup kat sane ade tips tak?

  31. peanut said

    salam,cikgu…sy nk thu tntg Teras Wawasan 2020,Dasar dalam Negara dan Rancangan 5 Tahun…bleh cikgu bntu sy??…

  32. mida said

    salam cikgu,,
    sy nak tny mcm mn nak cari jejari carta pai bertingkat??
    lagi satu,, ada tak soalan target unt stpm tahun ni (2009)???
    klu ada sy nak kongsi sama…
    k, TQ. Salam.

  33. ZUHAIL COOL said

    saya menghadapi masalah dalam soalan esei bahagian A DAN B…..TOLONGLAH saya…percubaan stpm saya minggu depan….bolehkah cikgu membantu saya…..

    Dalam karangan mestikah isi yang diberikan oleh pelajar dinilai ikut skema?

  34. farzana said

    erk…
    slm..
    sy lmah kt bhgn pper 1 la….

  35. kazillah said

    saya lemah sangat untuk mengenali jenis sesebuah graf..boleh bagi tips tak??

  36. kazillah said

    graf kertas 2 P.AM…

  37. dayah said

    assalamualaikum

    cikgu…saya nak tanya macam mana nak pastikan carta pai ikut sudut yang sebenar n tepat…masa nak lakar dekat kertas graf??

  38. Azyan said

    Assalamualaikum…
    cikgu Awang..
    sy menghadapi jwb bahagian A & B..(laras sains)…
    Ada tips X?

  39. ain said

    salam..
    ain agk risau lh ckg.. coz kat skolah ain x pham aper yg ckg ain ajr dlm subjek gp nie..ain ader gak try tanye tpi still x phm.. trutamanya yg bab graf,carta pai 2 n penyelesaian masalah.. klu yg lain 2 .. ain rse still bleh going on.. ckg mcm ane ain nk wt ek?? tkot nie x bleh jwb 4 exam next year..

  40. fendy dato harun said

    lemah essei..hoe\w??

  41. malisa said

    salam en.awang said..

    sy brada di lowersix, sy ingin bertanya dalam bahagian B kertas satu iaitu pengetahuan am. dlm pengetahuan am ini terdapat 3 bab iaitu isu2 semasa, dasar dalam negera dan juga dasar luar negara. sy tertanya2 adakah isu2 semasa akan sering berubah2 atau pun tetap.

  42. Cikgu Awang said

    Susah cikgu nak rekomenkan buku pam dekat adik sebab cikgu bukan promoter buku rujukan. Buku yang baik adik lihat isi kandungan dan sukatan bab yang terkandung dalam buku tersebut. Bagi sekolah cikgu menggunakan buku rujukan pam terbitan Fajar Bakti.

  43. angel said

    cikgu…boleh saya tanya tentang pengajian am ketas 2..
    dalam carta pai bertingkat…adakah badan carta pai bertingkat itu hendak diwarnakan atau tidak..
    lepas itu,perkatan itu adakah dihendak tulis dalam badan carta pai bertingkat tiu..terima kasih.cikgu

  44. Cheq Deal said

    Assalamualaikum cikgu….
    sy pljr tgktn 6 atas dan bakal menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini..sy ada pertanyaan untuk ditujukan kepada cikgu…apakah target soalan yang akan keluar dalam kertas peperiksaan P. AM 2 stpm yang sebenar pada tahun 2010???

    • Cikgu Awang said

      wsal dik…….. agak sukar cikgu nak nyatakan soalan ramalan. Ini kerana cikgu risau adik terlalu memberi tumpuan pada soalan ramalan sahaja. Apa yang penting adik ikuti nasihat dan pengajaran guru di dalam kelas. Insya Allah bila cikgu dapat soalan ramalan nanti, cikgu akan kongsikan.

      • Nik Zainal said

        salam,ckgu macam mna nk mgira bagi soalan graf.sya xfhm r.ckgu sya kurang mberi penjlsan kpd sye cz sye msuk lmbt akibat ptukaran sek.sye kaple pning nk mgira sampai exam akhir tahun 2011 sye xsmpt nk wt graf cz byk ms hbs kt mgira.de tip x cmne nk mgire ngn mudah?thn ni sye stpm.hope ckgu leh bn2.

  45. arryzan elister said

    saya arryzan nak minta tolong untuk PENGAJIAN macam mana nak menentukan graf..jenis apa..

  46. akma said

    slm ckg…
    cmne nak ttntukan graf…

  47. liEyha said

    CGU….CAMNE NAK BEZAKAN SETIAP BENTUK GRAF TU???
    SAYA CONFIUS NAK BUAT GRAF TU…..BLEH TOLONG SAYA TAK….

  48. ape liar said

    mcam mn nk tentukn jnis graf????

  49. fezza said

    Assalamualaikum cikgu, saya pelajar STPM tahun 2011.. saya takut bila nk jwb bhgn B sebab sya mmg x minat bhgn laras sains.. cikgu ada tips yang berkesan utk saya?. saya nak B- utk PA nie..

  50. adek said

    salam cikgu, bgmna jika soallan bahagian e ( carta pai bandingan ) apa yang perlu diterangkan dan bgmna?

  51. Shahiffei said

    Assallamualaikum dan Salam Sejahtera, saya Mohamad Shahiffei bin Masri mengambil kertas STPM calon persendirian pada tahun 2012, boleh tak cikgu beri tips mcm mana nk jawab soalan Graf? saya masih kompius mcm mana nk kenal pasti graf yg sesuai melalui teks yg diberikan…..Terima Kasih Cikgu

    • asmaa said

      salam shahiffei.
      saya juga calon persendirian stpm bagi tahun 2012. boleh tak kita bersahabat untuk sama2 bertukar pendapat dan ilmu ttg stpm ni? kalau saudara/ri bersetuju ni emel saya, salsabila.asmaa@yahoo.com. saya memang memerlukan seorang kawan untuk sama2 berbincang berkenaan stpm ini. sekian terima kasih.

  52. Mohd Yusuf Noor Bin Abdul Arakh said

    Assalamualaikum cikgu awang said, saya student pra-u atas daripada sabah dan bakal duduki STPM tahun nie… saya nak meminta bantuan cikgu awang dalam tips menjawab soalan pola perbandingan, perubahan dan pola hubung kait… saya biasanya keliru nak gunakan jenis ayat yang mcm mna dan setiap perenggan tu apa yang saya nak bincangkan… harap cikgu awang dapat bantu saya… terima kasih cikgu…

  53. tolong ajar saya cara untuk membuat carta pai bertingkat!!!! ukuran yang kita kena guankan untuk membuat bentuk bujur

  54. ellyn said

    nak tanya sikit. camne nak tentukan nilai jejari pai bandingan??
    sya msih kliru sdikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 472 other followers

%d bloggers like this: