Pengajian Am

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

MAKLUMAT RINGKAS SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM PAM 2012

Posted by Cikgu Awang on April 25, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera….. seperti yang pelajar maklum (Enam Rendah ambilan Mei/Jun 2012) tahun ini bermula pentaksiran baharu STPM 2012. Keseluaruhan pentaksiran STPM mengalami perubahan dan tidak ketinggalan subjek Pengajian Am. Cikgu ringkaskan di sini pentaksiran baharu STPM bagi Pengajian Am.

1. Menggunakan Sistem Penggal

Ada 3 penggal kesemuanya. Penggal 1, 2 dan 3 untuk satu setengah tahun. Disetiap akhir penggal di uji dengan peperiksaan akhir (penggal) yang dijalankan secara berpusat. Markah akan di kira secara kumulatif setiap penggal.

2. Pengajian Am

Terdapat 4 kertas. Dihagikan kepada 3 penggal. Penggal 1 kertas 1, Penggal 2 Kertas 2 dan Kertas 4 manakala kertas 3 di penggal 3. Pemarkahan dan wajaran cikgu akan bincangkan kemudian.

3. Kerja kursus.

Bagi Pengajian Am Kerja Kursus akan diberikan kepada calon. Kerja kurus merupakan Kertas 4 dan dijalankan dalam Penggal 2. Pelajar gagal menyiapkan kerja kursus dianggap GAGAL untuk keseluruhan Subjek PA. Tajuk kerja kursus akan diketahui 2 minggu sebelum Januari 2013 melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia.

Secara peribadi cikgu rasa perubahan pentaksiran baharu STPM ini memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencapai gred yang lebih baik. Pemerolehan gred secara kumulatif memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki gred.

Oleh itu, untuk memastikan pentaksiran baharu ini baik untuk kebaikan pelajar. Pelajar tersebut perlu melakukan anjakan minda, tiada lagi istilah bulan madu atau ‘honeymoon’ semasa di enam rendah ( penggal 1). Pelajar perlu bersedia pada setiap masa.

Wassalam n jumpa lagi.

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 471 other followers

%d bloggers like this: