PENTAKSIRAN BAHARU STPM SESI 2012/2013
Posted by Cikgu Awang on February 14, 2012
Pentaksiran baharu STPM akan mula dilaksanakan pada tahun ini iaitu untuk pelajar yang akan mendaftar Tingkatan 6 Rendah( 2012). Pelajar Tingkatan 6 Atas pada tahun ini (2012) tidak tertakluk kepada perubahan penraksiran baharu ini.
Secara ringkasnya, sesi pembelajaran selama satu setengah tahun akan dibahagi kepada 3 penggal seperti di kolej/universiti tetapi mengikut takwin persekolahan biasa. Setiap penggal pelajar akan ditaksir selain pentaksiran berasaskan sekolah akan diperkenalkan mulai 2012.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pentaksiran STPM baharu ini , berkenaan Sukatan Pelajaran baru, Surat Pekeliling dan Peraturan dan Skema Peperiksaan sila rujuk ke emel berikut :
Bagi guru-guru yang mengajar Tingkatan 6, kita akan memperolehi banyak maklumat dalam tempoh terdekat ini.



Hana said
Assalamualaikum Cikgu,
Saya lepasan SPM tahun lepas dan ingin mengambil STPM secara persendirian. Saya merupakan pelajar aliran sains. Subjek apakah yang wajib diambil untuk STPM? Saya amat berharap agar cikgu dapat membantu saya dengan sewajarnya. Sekian, terima kasih. =D